totok | bukan peranakan; jati: Cina ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
totok | bukan peranakan; jati: Cina ~. | Kamus Pelajar |
totok I | 1. bukan peranakan, sejati: Melayu ~; 2. bp masih belum ada pengalamannya, masih baru, masih mentah: ia masih ~ dlm pergaulan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kandung | 1. kantung, pundi-pundi: ia mengeluarkan wang drpd ~nya; 2. rahim, pundi-pundi peranakan; abang (adik, anak, ayah, ibu) ~ abang dll sendiri (bukan abang dll tiri atau abang angkat); saudara se~ adik (abang, kakak) seibu sebapa; ~ jantung Id selaput jantung; ~ kencing Id pundi-pundi kencing; bunga ~ bunga yg kecil-kecil yg terdapat pd bahagian tengah bunga (spt pd bunga matahari); berkandung 1. berisi, bermuat; 2. hamil; mengandung 1. membawa sesuatu dlm saku dll: ~ wang; 2. hamil: sudah berapa bulan Aini ~? 3. = mengandungi berisi, memuat: bunga yg ~ racun; tanah yg ~ bijih timah; kata yg ~ erti; mengandungkan mempunyai janin yg sedang membesar di dlm rahim, menghamilkan, membuntingkan: suaminya berubah perangai apabila dia ~ anaknya yg ketiga; terkandung dikandung, terdapat atau termuat di dlm sesuatu, tercantum (tersirat): bijih emas yg ~ dlm batu kapur; kesalahan-kesalahan yg ~ dlm undang-undang; rasa sedih yg ~ dlm suaranya; kandungan 1. sesuatu yg dikandung oleh sesuatu yg lain, apa yg termuat (di dlm sesuatu), isi: ~ bungkusan; ~ buku (surat dsb); menyelidiki ~ kimia batu kapur; 2. sesuatu yg tercantum atau tersirat (di dlm hati dsb), isi: ~ hati; ~ jiwa; 3. anak yg masih dlm rahim ibu: ~nya kian hari kian besar; 4. kandung, rahim: anak yg masih dlm ~; angka ~ kecil angka terkecil yg boleh mengandungi dua angka tertentu atau lebih: 24 ialah angka ~ kecil bagi angka 8 dan 3. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Jawi II | Melayu; ~ pekan (peranakan) orang yg berketurunan Melayu dan India; bahasa ~ bahasa Melayu; huruf ~ huruf Arab dgn beberapa huruf tambahan yg digunakan utk menulis dlm bahasa Melayu; masuk ~ berkhatan, bersunat; padi ~ padi biasa (bukan pulut); tulisan ~ tulisan yg menggunakan huruf Jawi; menjawikan 1. menterjemahkan (kitab-kitab drpd bahasa lain) ke dlm bahasa Melayu; 2. mengalih (mengubah) kpd tulisan Jawi: rencana ~ yg ditulis dlm tulisan Rumi; penjawian proses (usaha, perbuatan dsb) mengalih atau mengubah kpd tulisan Jawi: ~ cerita kanak-kanak yg terdapat dlm tulisan Rumi merupakan suatu usaha yg sangat baik utk memartabatkan tulisan Jawi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
salin | tukar (pakaian, nama, dll), ganti (kenaik-an), tiru (tulisan, karangan, dll); (se)~ tak tumpah prb dua orang yg serupa benar; bersalin 1. bertukar (pakaian dll), berubah (warna, kulit, bulu, dll): dia mahu ~ pakaian; 2. bh melahirkan anak, beranak: maka permaisuri pun datanglah sakit hendak ~; bersalin-salin bertukar-tukar, berganti-ganti; menyalin 1. menukar (dgn yg lain), meng-ganti: pakaian hendaklah selalu disalin; 2. memindahkan (ke bekas, tempat lain, dll): penjaga kedai itu sedang ~ minyak ke dlm botol; 3. meniru, menulis (serupa dgn yg ada): bapaku diupah utk ~ hikayat-hikayat yg tua itu; 4. menterjemah: pd hari itu juga aku mulai ~ buku itu ke bahasa Melayu; menyalini, mempersalin, mempersalini sl memberi hadiah atau anugerah (dgn selengkap pakaian): maka dipersalini oleh Raja Iskandar akan Raja Kida Hindi spt pakaian dirinya; utusan hendak bermohon diri, dipersalin oleh ratu Bestari; mempersalinkan sl menghadiahkan seleng-kap pakaian, menganugerahkan: baiklah kita suruh paduka bonda sambut Tun Tuah supaya kita persalinkan dia; salinan 1. turunan (surat dll), halaman atau lembaran yg bukan asal, tetapi sama setiap butirannya dgn yg asal: hanya ~-~ sijil sahaja yg perlu dihantar; 2. terjemahan; persalinan, persalin 1. = pesalin sl seleng-kap pakaian (sbg hadiah): segala orang yg datang itu semuanya dianugerahinya pesalin; 2. pakaian utk bersalin: diambilnya pakaian dua ~, satu pakaian laki-laki dan satu pakaian perempuan; 3. perihal bersalin: ~ kulit itu berlaku hanya sehingga lipas itu bersayap; penyalinan perbuatan dsb menyalin (sesuatu naskhah dsb); penyalin 1. orang yg menyalin (menterjemah dll): ~ hikayat tersebut ialah seorang peranakan; 2. alat atau mesin yg digunakan utk membuat salinan bahan bercetak dsb. | Kamus Dewan Edisi Keempat |