anak bukit bukit | bukit kecil; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bukau | lembah; bukit ~ bukit dan lembah | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gaung II | lubang yg dalam di antara bukit-bukit atau gunung-gunung. menggaung menggali atau mengorek lubang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
gaung II | lubang yg dalam di antara bukit-bukit atau gunung-gunung. menggaung menggali atau mengorek lubang. | Kamus Pelajar |
bukit | bahagian bumi yg tinggi tetapi tidak mencapai 1,000 kaki tingginya: ~ bukau bukit dan lembah. berbukit ada bukitnya. berbukit-bukit banyak bukitnya; banyak bukit dan lembahnya. membukit menjadi spt bukit. perbukitan kawasan yg berbukit-bukit; kumpulan bukit. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
terbentuk | dibentuk: batu-batu spt batu kapur dan batu pasir menyebabkan ~nya bukit-bukit; tidak ~ tidak terdidik, tidak terajar; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
dataran hakis | ist kawasan yg telah dihakis sehingga hampir-hampir menjadi dataran (dgn bukit-bukit rendah menandakan tapak bekas gunung). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bukit I | kawasan tanah yg tinggi tetapi tidak setinggi gunung; ~ bukau bukit dan lembah; ~ kaki bukit yg rendah di sekitar kaki gunung; ~ pasir timbunan pasir kering yg terbentuk oleh tiupan angin, terutamanya di kawasan gurun; anak ~ bukit kecil; ~ jadi paya, paya jadi ~ prb orang kaya (mulia) jadi miskin (hina) dan sebaliknya (nasib manusia itu tidak tetap); ~lah tinggi, lurahlah dalam prb seseorang yg telah tua dan tidak dapat ke sana sini lagi; berbukit mempunyai bukit; ~ di balik pendakian prb lepas kesusahan mendapat lagi kesukaran; berbukit-bukit mempunyai banyak bukit, banyak bukit dan lembahnya: kawasan itu ~;membukit menyerupai bukit: gelombang yg ~; perbukitan lapisan bumi yg berbukit-bukit, kawasan yg berbukit-bukit: perkebunan teh di ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
memayungi | 1. melindungi, (menutupkan) dgn payung; 2. ki melindungi, menaungi: sinar merah di hujung langit mula membayang, kabus putih ~ bukit-bukit tinggi; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mendinding | 1. memasang (melekatkan) dinding: ayah saya tidak ada, dia pergi ~ rumah Pak Ngah Talib; 2. berupa dinding, spt dinding: bukit-bukit yg dipenuhi hutan tebal ~ ke sebelah barat kampung saya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |