anak bukit bukit | bukit kecil; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bukit | bahagian bumi yg tinggi tetapi tidak mencapai 1,000 kaki tingginya: ~ bukau bukit dan lembah. berbukit ada bukitnya. berbukit-bukit banyak bukitnya; banyak bukit dan lembahnya. membukit menjadi spt bukit. perbukitan kawasan yg berbukit-bukit; kumpulan bukit. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bukit | bahagian bumi yg tinggi tetapi tidak mencapai 1,000 kaki tingginya: <i>~ bukaui> bukit dan lembah. berbukit ada bukitnya. berbukit-bukit banyak bukitnya; banyak bukit dan lembahnya. membukit menjadi spt bukit. perbukitan kawasan yg berbukit-bukit; kumpulan bukit. | Kamus Pelajar |
berbukit-bukit | mempunyai banyak bukit, banyak bukit dan lembahnya: kawasan itu ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bukit I | kawasan tanah yg tinggi tetapi tidak setinggi gunung; ~ bukau bukit dan lembah; ~ kaki bukit yg rendah di sekitar kaki gunung; ~ pasir timbunan pasir kering yg terbentuk oleh tiupan angin, terutamanya di kawasan gurun; anak ~ bukit kecil; ~ jadi paya, paya jadi ~ prb orang kaya (mulia) jadi miskin (hina) dan sebaliknya (nasib manusia itu tidak tetap); ~lah tinggi, lurahlah dalam prb seseorang yg telah tua dan tidak dapat ke sana sini lagi; berbukit mempunyai bukit; ~ di balik pendakian prb lepas kesusahan mendapat lagi kesukaran; berbukit-bukit mempunyai banyak bukit, banyak bukit dan lembahnya: kawasan itu ~;membukit menyerupai bukit: gelombang yg ~; perbukitan lapisan bumi yg berbukit-bukit, kawasan yg berbukit-bukit: perkebunan teh di ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
anak bukit | bukit kecil; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lerengan | tanah yg melereng (biasanya pd bukit, gunung, dll): mereka telah beberapa kali berpindah-randah dr satu ~ bukit ke ~ bukit yg lain. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
naik | 1 bergerak (berjalan dll) ke tempat yg lebih tinggi; mendaki (bukit, gunung dll): Mereka pun berjalanlah ~ bukit turun bukit. 2 bergerak ke atas: Layang-layangnya tidak dpt ~ kerana angin tidak kuat. 3 menunggang (kuda, basikal dll); mengenderai: ~ basikal; ~ kuda. 4 masuk ke rumah melalui tangga; masuk ke dlm kenderaan: Silakan ~ ke rumah. 5 bertambah tinggi harganya; bertambah besar; meningkat (bkn pangkat dll): Kalau pangkat ~, gaji pun akan ~. 6 tumbuh menjadi besar (tinggi dll); membesar: Budak-budak yg sedang ~ memang banyak makannya. 7 mengembang (bkn adunan kuih): Pukullah telur itu sehingga ~. ~ angin tidak dpt mengawal diri kerana terlalu marah dll. ~ darah menjadi marah. ~ gaji mendapat gaji yg lebih besar drpd yg dahulu. ~ haji pergi menunaikan rukun Islam yg kelima di Mekah. ~ marah menjadi marah. ~ pangkat mendapat pangkat yg lebih tinggi drpd yg dahulu. ~ takhta ditabalkan menjadi raja. menaiki 1 memanjat atau mendaki (gunung dll). 2 pergi ke sesuatu tempat dgn kenderaan; mengenderai. 3 memasuki rumah melalui tangga: Rumahnya dinaiki pencuri. menaikkan 1 menjadikan naik; meletakkan di tempat yg tinggi; meninggikan: ~ bendera. 2 meletakkan barang ke atas kereta, kapal dll: Kuli sedang sibuk ~ barang-barang ke kapal. 3 menjadikan lebih tinggi (pangkat, taraf hidup dsb). 4 menjadikan bertambah kuat (bkn semangat, kemarahan dsb): Kejayaan abangnya telah ~ semangat Amin utk belajar bersungguh-sungguh. 5 menjadikan naik (bkn adunan kuih); mengembangkan: Serbuk penaik dicampurkan sedikit utk ~ adunan itu. ~ gaji meninggikan gaji. ~ harga meninggikan harga. kenaikan 1 sesuatu (spt kereta, kapal terbang) yg dinaiki; kenderaan. 2 keadaan atau hal naik (bkn pangkat, gaji, harga dll): ~ harga barang-barang menyusahkan masyarakat yg berpendapatan rendah. penaikan perbuatan atau hal menaikkan. penaik; serbuk ~ serbuk yg digunakan utk menaikkan adunan kuih. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
buas-buas | ; ~ bukit = bebuas bukit sj tumbuhan (pokok renek), Viburnum sambucinum. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
barau-barau II | ; ~ bukit = bebarau bukit sj burung, Hypsipetes macclellandii; burung ~ sj burung, Pycnonotus zeylanicus. | Kamus Dewan Edisi Keempat |