Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : pemusnahan segala yg berguna bagi musuh;membumihanguskan menjadikan bumi hangus, memusnahkan hingga tidak dapat dipakai oleh musuh. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : pemusnahan segala yg mungkin berguna kpd musuh (spt bangunan, barang-barang). membumihanguskan memusnahkan segala yg mungkin berguna kpd musuh (spt bangunan, barang-barang). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hangus
Rujuk :hangit


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
bumi hanguspemusnahan segala yg berguna bagi musuh;membumihanguskan menjadikan bumi hangus, memusnahkan hingga tidak dapat dipakai oleh musuh.Kamus Dewan Edisi Keempat
bumi hanguspemusnahan segala yg mungkin berguna kpd musuh (spt bangunan, barang-barang). membumihanguskan memusnahkan segala yg mungkin berguna kpd musuh (spt bangunan, barang-barang).Kamus Pelajar Edisi Kedua
siasat bumi hangustindakan memusnahkan segala yg dianggap penting bagi musuh;Kamus Dewan Edisi Keempat
membumihanguskanmenjadikan bumi hangus, memusnahkan hingga tidak dapat dipakai oleh musuh.Kamus Dewan Edisi Keempat
siasat I1. pemeriksaan (yg teliti), penyelidikan: mereka menjalankan ~ berhubung dgn ke­selamatan dlm negeri, sama ada perkara itu benar atau tidak; terlalu sangat periksa dan ~nya; badan ~ badan penyelidik (mencari ke­terangan); 2. teguran, celaan, kecaman, kritik; 3. segala sesuatu yg bersangkutan dgn ke­negaraan (pemerintahan negeri), siasah, po­litik: campur tangan Belanda dan Inggeris dlm ~ Alam Melayu juga dikisahkan dlm buku tersebut; 4. kebijaksanaan (kebolehan, ke­cekapan, dll) mengerjakan sesuatu (mencapai sesuatu maksud), muslihat, taktik: ahli negara Byzantium telah menjalankan suatu ~ licin utk melemahkan kaum Muslimin di Timur dan orang Kristian di Eropah Barat; ~ bumi hangus tindakan memusnahkan segala yg dianggap penting bagi musuh; ~ dunia politik dunia; ~ kura-kura bp tindakan yg diambil mengikut keadaan; ~ luar negeri politik luar negeri; ~ perang muslihat dlm peperangan; ~ perniagaan hal (ilmu penge­tahuan, putar belit) dlm perniagaan; bersiasat 1. membuat penyelidikan (peme­riksaan) dgn bertanya dll; 2. menggunakan siasat (taktik, kebijaksanaan, muslihat, dll) utk mencapai sesuatu maksud, berdiplomasi; menyiasat, menyiasati 1. menyelidiki (me­meriksa) sesuatu perkara yg belum terang, mencari keterangan bkn sesuatu perkara, mengusut: kerajaan berjanji akan ~ aduan­-aduan itu; kalau disiasati dgn lebih teliti, agaknya mudahlah dijejaki pembunuh­-pembunuh itu; 2. menghuraikan (sesuatu perkara dll), menyelidiki (utk mengetahui kebenaran dll), menelaah: doktor sedang ~ apa jenisnya penyakit itu; mereka memper­cayai apa sahaja yg didengar dgn tiada ~ atau menguji kebenarannya; 3. menanyai atau menyoal (utk mengetahui sesuatu), menemu duga: mereka telah dibawa ke Ipoh utk disiasat; siasatan 1. hasil drpd menyiasat, kajian, siasat: lima puluh tahun dahulu sudah ada beberapa kertas ~ bkn dgn atom itu; 2. perihal menyiasat (menyelidik, mengusut): ~ ini dijalankan dgn bertanya kpd beberapa orang yg tahu sedikit sebanyak tentang pembunuhan itu; penyiasatan perbuatan menyiasat (me­nyelidik), pemeriksaan, penyelidikan: pihak-pihak berkuasa cuba mengadakan ~ tentang harta, tanggungan, dan pendapatan ahli­-ahli yg hendak meminjam; penyiasat orang yg menyiasat, penyelidik.Kamus Dewan Edisi Keempat
kerak Ilapisan atau selaput yg keras dan kering (yg melekat pd sesuatu benda); ~ bumi (tanah) lapisan bumi yg terjadi drpd kepundan (lava) yg telah kering; ~ nasi lapisan nasi yg keras (kadangkala hangus) yg melekat pd dasar atau bahagian bawah periuk; ~ roti lapisan roti yg keras (di sekeliling baha­giannya yg lembut); air yg keruh-keruh ~ (alamat buaya di hulunya) prb perkataan seseorang itu memba­yangkan niat jahatnya; jangan diajar orang tua makan ~ prb tak usah diajar orang yg sudah tahu; membesarkan ~ nasi prb me­nambahkan perbelanjaan yg membazir; su-dah biasa makan ~ prb sudah biasa menga­lami kesukaran hidup; sudah kenyang makan ~ prb sudah banyak pengalaman; berkerak 1. ada keraknya; 2. ki sangat kotor, diselaputi kotoran: ~ bajunya kulihat; terkerak jejak (sampai) ke dasarnya, habis­-habisan.Kamus Dewan Edisi Keempat
bumi1. dunia sbg imbangan langit; dunia yg bulat tempat kediaman kita: ~ bergerak mengelilingi matahari. 2. tanah tempat kita berpijak: Terlalu pantasnya Hang Tuah mengelakkan tikaman musuh itu seakan-akan tidak menjejak ~. ~ hangus pemusnahan segala yg mungkin berguna kpd musuh (spt bangunan, barang-barang dsb). ~ istana tanah tumpah darah. ~ rata penghancuran binaan, bangunan dsb dan kemudian meratakannya dgn tanah. membumi 1. menetap di sesuatu tempat. 2. menuju ke bumi. 3. masuk ke bumi (ttg dawai atau arus elektrik). membumikan memasukkan ke dlm bumi (ttg dawai atau arus elektrik). ke bumi; mengebumikan menanam mayat ke dlm kubur; menguburkan. pengebumian perbuatan atau hal mengebumikan.Kamus Pelajar

Kembali ke atas