bun | ark sj peti kecil drpd tembaga dll (tempat sirih dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
persampahan | tempat membuang (timbun-an) sampah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengambal | ; Mn menambak, menimbun tanah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ambal IV | ; mengambal Mn menambak, menimbun tanah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pagar I | 1. sesuatu yg dibuat utk membatasi (menyekat, mendinding) kawasan rumah (kebun dll): ~ besi; ~ buluh; ~ dawai (kawat); turus ~ tiang pagar; 2. sesuatu yg serupa pagar; ~ bulan lingkungan di sekeliling bulan, kandang bulan; ~ desa orang yg membantu penjaga keamanan desa di Jawa Barat; ~ duri pagar drpd dawai berduri; ~ hidup pagar drpd pokok-pokok kecil; ~ musang (sasak, tenggalung) pagar pd buritan perahu; ~ sua pagar yg menyekat dua ekor kerbau yg akan diadu; ~ makan padi (tanaman) prb orang yg dipercayai utk menjaga sesuatu, dia pula yg mengkhianati kita; bagai melompati ~ tiga hasta, akan dilompati rendah, akan dilangkahi tinggi prb keadaan atau pertolongan yg tidak kurang tetapi tidak pula mencukupi (serba tanggung); berpagar mempunyai sesuatu sbg pagar: kebun yg tidak ~; berpagarkan mempunyai sesuatu sbg pagar: jalan itu ~ pohon ru; memagar 1. membuat pagar, memasang pagar: pohon-pohon mempelam dlm kebun itu dipagar berkeliling dgn besi; 2. menyerupai pagar; ~ diri menjaga diri; ~ diri bagai aur prb Mn menjaga dan memikirkan dirinya anak-beranak sahaja (tidak mempedulikan orang lain); memagari 1. membuat atau mendirikan pagar pd (di sekeliling): kebun itu dipagari dgn kawat berduri; 2. berada (terletak, berdiri, dsb) di sekeliling atau melingkari sesuatu, mengelilingi, melingkungi: tasik-tasiknya dipagari oleh pohon-pohon rendang serta rumpun-rumpun bunga yg berwarna-warni; penonton yg sedang ~ medan permainan itu; 3. ki menghalangi (drpd kejahatan, bahaya, dll), melindungi, mendindingi; memagarkan 1. menggunakan sesuatu sbg pagar; 2. membuatkan pagar (pd), mendirikan (memasangkan) pagar pd; pemagaran proses (perbuatan, tindakan dsb) mendirikan (membuat atau memasang) pagar pd atau di sesuatu tempat (sempadan, kawasan dsb): kerja ~ dusun buah-buahannya itu baru sahaja selesai; pagaran pagar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tompok | 1. kumpulan yg tidak begitu besar, kelompok kecil; 2. longgokan yg kecil, timbunan: se~ rambutan; 3. bintik besar yg bulat (pd binatang dll): atap zinknya sudah merah berkarat, hanya ada sedikit sahaja ~-~ putihnya; bertompok-tompok 1. berkelompok-kelompok: anak-anak muda ~ duduk di atas pasir; 2. bersusun-susun, bertimbun-timbun: buku yg ~; 3. tidak rata (warna dll), setempat-setempat, berbintik-bintik besar: anak kambing yg berwarna coklat ~ putih; 4. ki bertimbun-timbun, banyak sekali; menompokkan 1. meletakkan bersusun-susun, melonggokkan; 2. mengumpulkan banyak-banyak, menimbun-nimbunkan; tertompok tersusun bertindih-tindih, ter-kumpul banyak-banyak; tompokan longgokan, timbunan; penompokan perihal (proses, perbuatan, tindakan dsb) menompokkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bertambun | 1. bertimbun-timbun, berlonggok-longgok: sebenarnya juga dinar emas bertambun-tambun, bertindih-tindih, bersusun-susun; 2. ki penuh sesak, berjedal-jedal; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bertambun-tambun | 1. bertimbun-timbun, berlonggok-longgok: sebenarnya juga dinar emas bertambun-tambun, bertindih-tindih, bersusun-susun; 2. ki penuh sesak, berjedal-jedal; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tambun II | Mn timbun (tanah dll), longgok, tompok; bertambun, bertambun-tambun 1. bertimbun-timbun, berlonggok-longgok: sebenarnya juga dinar emas bertambun-tambun, bertindih-tindih, bersusun-susun; 2. ki penuh sesak, berjedal-jedal; menambun menimbun, melonggok, menompok: tanah bendang Cu Piah ditambun tanah merah hampir-hampir dua relung; tambunan timbunan, longgokan, tompokan; ~ budi lubuk akal orang yg bijak (cerdik pandai). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sampah | 1. benda-benda yg dibuang, kotoran (daun-daun kering, kertas-kertas kotor, dll), sarap; ~ sarap bermacam-macam sampah; 2. sesuatu (benda atau orang) yg tidak berharga atau berguna; ~ dunia = ~ masyarakat orang yg hina; ~ itu di tepi juga prb orang yg hina (miskin) itu selalunya tidak dipedulikan orang; ~ jangan ditendang sepak prb orang yg miskin jangan dihinakan; spt ~ hanyut prb orang miskin yg hidup melarat; teralang-alang bagai ~ dlm mata prb kemusykilan yg tidak dapat dilahirkan; menyampah 1. berasa benci (terhadap sesuatu atau seseorang), meluat, jijik: Semah ~ bukan kepalang; 2. spt sampah (kerana terlalu banyak dll); 3. bp mengganggu orang (mengacau dll); persampahan tempat membuang (timbun-an) sampah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |