[bung.kam] | بوڠکم
Definisi : tidak bersuara (bercakap dll), diam: ketika datang guru, murid-murid semua ~; akhbar-akhbar ~ tentang perkara itu; membungkam menjadikan tidak bersuara, menutup mulut: peraturan itu diadakan utk ~ akhbar-akhbar; bagaimanakah anda ~ kritikannya? kebungkaman keadaan bungkam, kesenyapan, kebisuan: jiwa Hidayah bergetar dlm ~ yg mencengkam daging dan tulang-temulangnya; pembungkaman perihal atau perbuatan membungkam; pembungkam alat utk membungkam (azimat dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[bung.kam] | بوڠکم
Definisi : tidak berbunyi atau tidak bersuara; membisu; diam; senyap: Ketika guru masuk, semua murid ~. membungkam 1 menutup mulut supaya diam. 2 membuat tidak berbunyi (tidak bersuara dsb). pembungkam 1 alat utk membungkam. 2 jampi dsb utk membungkam orang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)