mengalun | 1 mengombak berayun-ayun (ttg air laut dll). 2 turun naik dan lembut (ttg suara, bunyi): Suara azan ~ di udara memecahkan kesunyian pagi. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pekak (-pekak) badak | a) = ~ batu pekak (tuli) benar-benar; b) pura-pura tidak mendengar, sengaja tidak mahu mendengar; c) tidak mendengar bunyi (suara) yg kuat tetapi boleh mendengar bunyi (suara) yg lembut; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
dabing | 1 hal atau hasil mengalih pertuturan drpd satu bahasa ke bahasa lain dlm filem dsb. 2 hal atau hasil memasukkan bunyi, suara, muzik dll ke dlm filem dsb. mendabing 1 mengalih (mengubah) pertuturan drpd satu bahasa ke bahasa lain dlm filem dsb. 2 memasukkan bunyi, suara muzik dll ke dlm filem dsb. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
vokal | bunyi suara yg dilambangkan dgn huruf-huruf a, e, i, o, u. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
lolong | bunyi suara yg kuat dan panjang; raung. melolong menjerit atau meraung; menangis dgn kuat: Ia ~ lalu pengsan apabila mendengar berita buruk itu. terlolong-lolong menangis terjerit-jerit. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
raung | bunyi (suara) nyaring lagi panjang, teriak panjang: ~ tangis yg amat sedih juga yg kedengaran di keliling rumah itu; ~ harimau; meraung 1. berbunyi (bersuara) nyaring dan panjang (anjing, serigala, dll), menggeru: harimau ~; 2. = meraung-raung menangis serta menjerit keras-keras, menggerung: dia ~ apabila saja dia melihat mayat anaknya terbujur; orang sakit itu meraung-raung sambil berlari ke sana sini; meraungkan meraung akan: jangan diraungkan mayat itu; meraung-raungkan menggembar-gemburkan, melaung-laungkan: ke mana-mana pun ia pergi, ia tetap ~ cita-cita politiknya; raungan raung: ~ dan tangisan bercampur-campur. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kekehan | bunyi (suara) terkekeh-kekeh: ~nya memecah kesepian malam itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
vokal | bunyi suara yg dilambangkan dgn huruf-huruf a, e, i, o, u. | Kamus Pelajar |
melantangkan | menguatkan (bunyi, suara) supaya jelas didengar. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
lagu | 1 bunyi suara yg berirama apabila membaca (bernyanyi, bercakap dll): Dlm pertandingan membaca al-Quran, ~ dan tajwid membawa markah yg banyak. 2 nyanyian; nyanyi: ~-~ asli. 3 ragam (corak) muzik atau nyanyian: ~ keroncong digemari oleh segolongan masyarakat Melayu. ~ tema lagu yg dimainkan berulang-ulang, yg membangkitkan suasana perasaan dlm sesebuah drama muzikal, filem dsb. berlagu 1 berirama; selaku bernyanyi: Suaranya ~. 2 bernyanyi. melagukan menyampaikan lagu; menyanyikan; membaca (sajak, al-Quran dll) dgn berlagu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |