memainkan | 1 menggunakan sesuatu utk bermain-main atau utk bersuka-suka: ~ pedang. 2 membunyikan sesuatu alat bunyi-bunyian; membuat lagu dgn alat bunyi-bunyian: ~ gambus; Beliau telah ~ lagu Joget Pahang dgn pianonya. 3 menunjukkan lakonan atau wayang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
memainkan | 1. melakukan sesuatu dgn suatu benda selaku bermain-main atau bersuka-suka: ~ lembing; 2. melagukan nyanyian dgn bunyibunyian: ~ lagu keroncong; 3. membunyikan alat bunyi-bunyian: budak itu telah pandai ~ piano; 4. menayangkan (wayang dll): filem ini pernah dimainkan tahun lepas; 5. melakonkan (sandiwara, drama, dll): Badan Keluarga Dewan Bahasa akan ~ drama Tamu Di Bukit Kenny esok malam; 6. memegang peranan sbg (dlm sandiwara, drama, dll): ia ~ watak ayah dlm drama itu; ~ peranan a) berlakon sbg; b) ki mengambil bahagian dlm; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tingkah III | 1 sj gendang. 2 = tingkahan pukulan gendang yg mengiringi lagu dsb; nyanyian yg bersambut-sambutan dgn bunyi-bunyian. bertingkah-tingkah, tingkah-meningkah silih berganti; bersambut-sambutan (ttg bunyi gendang, nyanyian dsb). meningkah memukul gendang dll mengiringi lagu atau mengiringi bunyi-bunyian. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bunyi-bunyian | alat muzik. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tetuang | alat bunyi-bunyian yg dibuat drpd tanduk dll dan ditiup utk memberi isyarat. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kecapi | alat bunyi-bunyian bertali yg seakan-akan gambus rupanya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
gong | alat bunyi-bunyian drpd logam yg diberi bertombol (dibunyikan dgn dipalu). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
ceracap | alat bunyi-bunyian spt canang kecil. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tanji | 1. bunyi-bunyian, muzik, tambur; 2. = tukang ~ ahli muzik, tukang muzik. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
angklung | alat bunyi-bunyian yg dibuat drpd buluh. | Kamus Dewan Edisi Keempat |