kabupaten | (kabupatén) Id 1. daerah yg dikepalai oleh seorang bupati; 2. pejabat (rumah) bupati. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bupati | Id 1. kepala daerah (bahagian drpd provinsi); 2. pegawai istana yg tinggi (di Yogyakarta dan Surakarta). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
regen | (régén) IB ark kepala daerah (bahagian dr keresidenan), bupati; keregenan kabupaten. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
adipati | Jw 1. sl raja, kepala daerah; 2. gelaran bupati (sebelum perang). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
patih II | Jw 1. perdana menteri, bendahara, mangkubumi, wazir; 2. timbalan bupati (kepala daerah); 3. sl panggilan (sebutan) orang besar, tuan; kepatihan tempat tinggal patih, kediaman patih. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
temenggung I | 1. pembesar kerajaan Melayu di bawah bendahara (yg menjaga keamanan dlm negeri); 2. Jw gelaran bupati. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
merencanakan | 1. mengarang (cerita dll), menghuraikan, menceritakan: maka adalah kurencanakan dalamnya dr zaman moyangku sampai ke masa aku; tidak dapat kurencanakan bagaimana rasa hatiku, marah, sedih, benci, dll; tidak semua kejadian yg direncanakan dlm cerita ini sebenarnya berlaku; 2. menyusun laporan (keterangan, minit, dll): hasil tinjauan tentang kemahuan penduduk Malaysia Timur yg direncanakan oleh rombongan peninjau Bangsa-Bangsa Bersatu dlm laporannya kpd U Thant, diterima baik oleh Kuala Lumpur; 3. menyusun atau membuat rancangan (program dll), merancang: ia meminta kepadaku utk ~ suatu projek perumahan Bupati; dua jurusan penggempuran direncanakan, pasukan Amerika mendarat di Afrika Barat dan Inggeris di Mesir; 4. mengucapkan perkataan (ayat dll) supaya ditulis oleh orang lain: apa yg direncanakan oleh pengurus itu ditulis oleh setiausahanya dlm tulisan trengkas; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rencana | 1. sl cerita, karangan, kisah: ia giat dlm menulis esei-esei dan ~-~ ringan; ~ pengarang = tajuk ~ karangan (terutama dlm surat khabar, majalah, dll) yg merupakan pendapat suratkhabar atau majalah itu; 2. catatan mengenai perbincangan dlm mesyuarat dll, laporan, minit: dia sedang menyiapkan ~ mesyuarat yg lalu; 3. rangka sesuatu yg akan dikerjakan, buram, pelan, rancangan: kami membuat ~ kota teladan; pemerintah telah tahu tentang ~ pemberontakan; 4. acara (pembicaraan), agenda, jadual, program: perkara ini termasuk dlm ~ yg akan kita rundingkan kemudian; kami berangkat kembali ke Acheh menurut ~ yg telah diatur terlebih dahulu; 5. buram (surat), konsep, naskhah (surat), draf, rang: beri saya ~ surat itu sekarang juga; 6. perkataan (ayat dll) yg dibacakan oleh seseorang supaya ditulis oleh yg lain, imlak: semasa latihan ~ dijalankan, pelajar-pelajar mestilah mendengar dgn baik dan menulis apa yg sedang guru bacakan; ~ Colombo rancangan bantuan teknik antarabangsa; ~ kerja rancangan pekerjaan yg akan dilaksanakan; ~ lima tahun Id rancangan pembangunan yg harus dilaksanakan dlm masa lima tahun; berencana dgn rencana, berancang; merencana sl bercerita; merencanakan 1. mengarang (cerita dll), menghuraikan, menceritakan: maka adalah kurencanakan dalamnya dr zaman moyangku sampai ke masa aku; tidak dapat kurencanakan bagaimana rasa hatiku, marah, sedih, benci, dll; tidak semua kejadian yg direncanakan dlm cerita ini sebenarnya berlaku; 2. menyusun laporan (keterangan, minit, dll): hasil tinjauan tentang kemahuan penduduk Malaysia Timur yg direncanakan oleh rombongan peninjau Bangsa-Bangsa Bersatu dlm laporannya kpd U Thant, diterima baik oleh Kuala Lumpur; 3. menyusun atau membuat rancangan (program dll), merancang: ia meminta kepadaku utk ~ suatu projek perumahan Bupati; dua jurusan penggempuran direncanakan, pasukan Amerika mendarat di Afrika Barat dan Inggeris di Mesir; 4. mengucapkan perkataan (ayat dll) supaya ditulis oleh orang lain: apa yg direncanakan oleh pengurus itu ditulis oleh setiausahanya dlm tulisan trengkas; terencana terancang: skim ini bertujuan utk mengendalikan program terjemahan secara ~; perencanaan perihal merencanakan, perancangan: pelajaran yg menjadi kegemaranku ialah ~ kota; namun begitu hasilnya kurang memuaskan dr segi keaktifan dan ~; perencana 1. sl penyusun cerita (kisah, huraian, dll); 2. orang dll yg merencanakan, perancang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |