busi II | IB 1. pangkal cahaya yg berbentuk lilin pd lampu elektrik atau gas; 2. alat utk mencetuskan api pd enjin gas. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
busi I | ark dedak, sekam. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
penembusan | perihal menembus atau menembusi, penobrosan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tembus | 1. berlubang terus sampai ke sebelah, bolos, tembuk: dinding papan itu ~ kena peluru; 2. masuk terus ke sebelah, lantas ke, terus sampai ke: gua itu ~ ke belakang bukit; jalan ini ~ ke pasar; 3. meresap terus ke sebelah lain, merembes ke sebelah lain: kertas ini jenis yg tidak baik kerana dakwat ~ ke bawah apabila ditulis; 4. dapat dilantas terus (barisan pertahanan dll), bolos, tobros: pertahanan musuh telah ~; 5. ark kena benar (dugaan dll), tepat; menembus 1. meresap masuk (ke dlm hati dll): kata-katanya tadi telah dapat ~ ke dlm hati suaminya; 2. terus sampai ke, terus ke; 3. ark betul (terkaan dll), tepat: firasatnya tidak ~; menembusi 1. menusuk (menikam dll) sampai tembus, menebuk, melubangi: keris ini dapat ~ badan orang; 2. masuk terus (melalui se-suatu), melantas: beberapa butir peluru telah ~ kepala dan dadanya; 3. meresap terus ke sebelah yg lain, melantas, merembes: matahari membulat ~ kabus tebal di puncak Titi-wangsa; 4. ki meresap masuk (ke dlm hati dll); 5. dapat melantas (pertahanan dll), menobros, mendobrak: konvoi dikirim utk ~ kepungan Jerman terhadap kepulauan Inggeris; industri perabot di negara ini dapat diusahakan secara bersepadu utk ~ pasaran eksport secara besar-besaran; tembusan 1. sesuatu (jalan, sungai, dll) yg tembus ke; 2. sungai buatan (utk dilalui kapal dll), terusan 3. jalan yg menembusi bukit dll, terowong; 4. = ~ surat salinan surat asal; penembusan perihal menembus atau menembusi, penobrosan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |