Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ca.bang] | چابڠ

Definisi : 1. bahagian yg tumbuh dr batang atau dahan pokok: daun tumbuh di ~; 2. bahagian hujung yg berpecah spt dua jari terbuka (bkn galah, lembing, tongkat); besi ~ tiga trisula; 3. bahagian atau bahagian kecil pd tanduk rusa dsb; 4. bahagian atau bahagian kecil sesuatu jalan (sungai, jalan kereta api, dsb) yg berpecah dr bahagian yg utama: ~ jalan; sungai itu banyak ~nya; 5. cawangan: Malayan Banking Berhad mempunyai banyak ~nya di seluruh Malaysia; 6. bahagian atau bahagian kecil drpd sesuatu lapangan penge­tahuan (rumpun bahasa, bangsa, dsb): botani ialah ~ biologi; bahasa Melayu ialah ~ rumpun bahasa Melayu-Polinesia; 7. golongan masyarakat: ia dilahirkan dlm kalangan kaum menak, kaum bangsawan ~ atas; ~ buaya = ~ perahu kayu bercabang pd rangka badan perahu; ~ guling cabang pd haluan atau belakang perahu; ~ tenggorok bahagian kecil dr batang tenggorok, bronkiol; bercabang 1. mempunyai cabang, tumbuh cabangnya: pokok pinang memang tidak ~;2. berpecah kpd bahagian (kumpulan dsb) kecil: jalan itu ~ tiga; satu kumpulan ~ ke haluan lain utk memulakan kajian perbandingan; 3. berbelah bahagi (fikiran, ingatan, dsb): ~ hatinya (fikirannya, ingatannya); lidah ~ tiada boleh dipercayai apa katanya; bercabang-cabang, cabang-bercabang 1. tumbuh banyak cabang; 2. berpecah kpd banyak bahagian kecil; 3. berdolak-dalik: membuat kenyataan yg ~; mencabangkan (bkn pokok) menjadikan bercabang atau tumbuh cabangnya dgn mele­kapkan benih pd pohon atau mencantum; mempercabangkan menjadikan bercabang(-cabang); percabangan 1. perihal bercabang atau tumbuh cabangnya; 2. tempat yg bercabang (jalan, sungai, dsb), persimpangan: ~ jalan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ca.bang] | چابڠ

Definisi : ; ~ tiga = akar tiga ~ sj tumbuhan (pokok memanjat), mentimun dendang, timun dendang lonjong, Trichosanthes celebica; akar ~ lima sj tumbuhan (pokok memanjat), akar papan, kangkung gajah, Vitis lanceolaria; akar ~ tujuh sj tumbuhan (pokok memanjat), akar carik biawak, akar kayah asam, Vitis polystachya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ca.bang] | چابڠ

Definisi : 1 bahagian pokok kayu (spt da­han atau ranting) yg tumbuh pd batang. 2 bahagian hujung galah dsb yg berbelah spt dua jari terbuka; canggah. 3 sesuatu yg berpecah spt cabang pokok: ~ jalan. 4 cawangan drpd sesuatu (spt kedai, pejabat) yg lebih besar: Syarikat tsb mempunyai ~nya di tiap-tiap negeri di Malaysia. bercabang 1 mempunyai cabang; tumbuh cabangnya: Jarang-jarang sekali kita dpt bertemu dgn pokok kelapa yg ~. 2 berpecah spt cabang: Jalan itu ~ tiga. bercabang-cabang banyak cabangnya: Tanduk rusa ~. mencabangkan me­nempelkan mata tunas pd pokok supaya menjadi cabang. mempercabangkan menjadikan bercabang. percabangan 1 hal bercabang. 2 tempat jalan, sungai dsb bercabang: ~ jalan persimpangan jalan. pencabangan perbuatan (proses dsb) mencabangkan pokok. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cabang

Puisi
 

Kerak hijau di cabang pauh,
     Turun merentas di tangkai padi;
Makin ditinjau makin jauh,
     Berasa nak rentas si tangkai hati.


Lihat selanjutnya...(7)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
trakeol/trakéol/ ist cabang-cabang dr trakea.Kamus Pelajar Edisi Kedua
tiga IIakar ~ cabang = cabang ~ sj tumbuhan (pokok memanjat), mentimun dendang, timun dendang lunjung, Trichosanthes cele­bica; rumput ~ segi sj tumbuhan (rumpai), Cyperus compressus.Kamus Dewan Edisi Keempat
trakeol /trakéol/ ist cabang-cabang dr trakea.Kamus Pelajar
rimbun1. lebat daunnya, berdaun dan ber­cabang-cabang banyak: pokok yg ~; pokok getah itu ~ semula; 2. lebat (rambut, bulu, dll), tebal (rambut, bulu, dll); kepala ~ berambut banyak; 3. memakai atau mem­punyai banyak (alat, pakaian, dll): pakaian dan perhiasan gadis itu telah ~; perahu yg ~ layarnya; suaminya itu tidaklah orang ter­buang melainkan ~ rampak dlm kaum­nya, ada beradik kakak; merimbun 1. sangat rimbun: ia pun berjalan menuju rumpun tebu yg ~; 2. menjadi rimbun: pokok-pokok lainnya tetap juga ~; merimbunkan 1. menjadikan rimbun; 2. menjadikan banyak: dia tidak akan berusaha ~ peninggalan ayahnya; didirikannya suatu besi penghalang dan dirimbunkan bara api di bawahnya; rimbunan 1. pohon-pohonan yg rimbun: pengganas itu hilang dlm ~ tebal; 2. daun-daun (ranting-ranting) yg banyak: cahaya yg indah itu merecik di antara lambaran daun kelapa dan ~ pohon rambutan; 3. lindungan: kalau tidak kerana ~ lalang di situ, tentulah apa yg dilakukan oleh Basir akan ternam-pak; kerimbunan perihal atau keadaan rimbun: ~ pohon-pohon di situ tentunya menyedia­kan tempat berteduh yg sangat nyaman.Kamus Dewan Edisi Keempat
urat sarafurat (tisu atau saraf) yg meng-hubungkan otak (atau cabang-cabang darinya) dgn bahagian-bahagian lain dlm tubuh badan: ~-~ itu mengalirkan rangsang dr alat perasa masuk ke otak; ~ aferenKamus Dewan Edisi Keempat
saraf II= urat ~ urat (tisu atau saraf) yg meng-hubungkan otak (atau cabang-cabang darinya) dgn bahagian-bahagian lain dlm tubuh badan: ~-~ itu mengalirkan rangsang dr alat perasa masuk ke otak; ~ aferen (Bio) saraf yg mengalirkan impuls dr bahagian badan ke sistem saraf pusat; ~ eferen (Bio) saraf yg mengalirkan impuls dr sistem saraf pusat ke bahagian badan; ~ tunjang (Bio) bahagian sistem saraf pusat yg terdapat dlm tulang belakang; penyakit ~ gila, tidak siuman.Kamus Dewan Edisi Keempat
ranting1. bahagian cabang yg kecil-kecil, cabang drpd cabang: dibukanya baju, di­sangkutnya pd ~ kayu mati; 2. cawangan, anak cabang (pertubuhan, perkumpulan, dll); ~ Bank Rakyat cawangan Bank Rakyat; Partai Rakyat R~ Johor Baharu; 3. bukan utama (tidak penting): perkara-perkara ~ dlm agama Islam; di mana ~ dipatahkan, di situ air disauk prb seseorang itu harus menurut adat resam negeri yg didiaminya; ingat ~ yg akan melenting, da­­han yg akan mencucuk, duri yg akan me­ngait prb dlm sebarang pekerjaan hendaklah selalu ingat kalau-kalau ada bahaya atau kesusahan; beranting ada rantingnya: pokok itu mulai bercabang dan ~; lari ~ lari berangkai; meranting 1. spt ranting, tegak menganjur ke atas: kakinya naik ~ ke atas; 2. kering, meranggas (tidak berdaun lagi): pohon-pohon mulai ~; kurus ~ kurus kering; 3. memangkas (menggunting atau memotong hujung) ran­­­ting tanam-tanaman: ~ pokok pagar; 4. men­­jadi cabang yg kecil-kecil: kritikan yg berpusat pd teks ini ~ dan membesar menjadi pohon rimbun strukturalisme.Kamus Dewan Edisi Keempat
mentimun dendangsj tumbuhan (pokok memanjat), akar cabang tiga, cabang tiga, timun dendang lunjung, Trichosanthes celebica;Kamus Dewan Edisi Keempat
cawangbahagian drpd sesuatu yg lebih besar, cabang; ~ tenggorok cabang batang tenggorok; cawangan 1. bahagian (drpd pertubuhan, persatuan, syarikat, dsb): persatuan ini tidak dibenarkan menubuhkan ~-~nya di negeri lain; 2. cawang; pencawang stesen tempat arus (voltan) elektrik yg diterima dr stesen penjana diubah bentuk utk disalurkan kpd pengguna.Kamus Dewan Edisi Keempat
mentimunI sj tumbuhan (pokok menjalar dan buahnya), Cucumis sativus; ~ dendang sj tumbuhan (pokok memanjat), akar cabang tiga, cabang tiga, timun dendang lunjung, Trichosanthes celebica; spt ~ dgn durian prb perlawanan yg tidak berpadanan (spt orang yg lemah atau bodoh berlawan dgn orang yg berani atau pintar dll); timun.Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas