cacak | tegak lurus: tiang ~ tiang yg tegak lurus. mencacak berdiri tegak lurus: ~ tonggak berdiri lurus spt tonggak; ~ lari lari cepat-cepat. mencacakkan menanam sesuatu tegak lurus (di tanah): ~ tiang bendera. tercacak 1 terdiri atau berdiri tegak lurus: Entah bila datangnya, tiba-tiba ia ~ di muka pintu. 2 tertanam atau terpancang tegak lurus: Tiang-tiang belat kelihatan ~ berbaris. 3 terbenam atau tertanam pd sesuatu: Lembing yg dilontarkannya itu ~ mengenai sasarannya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
cacak II | Mn; mencacak 1. mencubit; 2. menyeluk saku (kocek); pencacak penyeluk saku (kocek). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cacak lari | lari tergesa-gesa atau cepat-cepat; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cacak I | tegak (galah, tiang, dll); ~ lari lari tergesa-gesa atau cepat-cepat; mencacak berdiri tegak lurus; ~ tonggak berdiri dan terdiam sebentar; mencacakkan 1. menanam sesuatu tegak (di tanah dll): ~ tiang bendera; ~ belat menahan belat; 2. mendirikan, menegakkan: pelita minyak yg dicacakkan di tepi jalan itu menerangi kegelapan; tercacak 1. terdiri (berdiri) tegak: jambul ~ di atas kepala; 2. tertanam, terpancang tegak: tali itu tergantung pd galah yg ~ di tanah; 3. terbenam (tertanam) ke dlm sesuatu (tanah, badan, dll); ~ spt lembing tergadai prb terdiri tegak dan tercengang-cengang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cacak | tegak lurus: <i>tiang ~i> tiang yg tegak lurus. mencacak berdiri tegak lurus: <i>~ tonggaki> berdiri lurus spt tonggak; <i>~ larii> lari cepat-cepat. mencacakkan menanam sesuatu tegak lurus (di tanah): <i>~ tiang bendera.i> tercacak 1. terdiri atau berdiri tegak lurus: <i>Entah bila datangnya, tiba-tiba ia ~ di muka pintu.i> 2. tertanam atau terpancang tegak lurus: <i>Tiang-tiang belat kelihatan ~ berbaris.i> 3. terbenam atau tertanam pd sesuatu: <i>Lembing yg dilontarkannya itu ~ mengenai sasarannya.i> | Kamus Pelajar |
telur cacak | bunga telur (dlm majlis perkahwinan); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ranjau cacak | ranjau yg dipasang tegak; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cacang II | Kl, Tr cacak; bercacang berdiri (tegak): tidak guna kita ~ di tengah panas ini; bercacangan penuh sesak orang berdiri. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tajuk I | 1. perhiasan kepala yg dibuat drpd emas (perak dll), mahkota, patam, jamang; 2. perhiasan kepala drpd karangan bunga yg dicacak pd rambut atau pd tutup kepala (mahkota, serban, dll): ~ bunga cempaka dan bunga cina; 3. = ~ perahu kili-kili atau pasak pd tepi perahu; 4. kepala surat (karangan, makalah, dll), judul, mauduk, pokok (percakapan): belum lagi diberi ~ utk karangan itu; Hilmy mengubah ~ percakapannya; ~ berita a) serangkai perkataan tentang isi sesuatu berita atau cerita yg dicetak besar dan tebal di atas halaman surat khabar dsb; b) ringkasan pendek tentang butir-butir berita penting dlm siaran televisyen dan radio; ~ dayung keliti dayung (pd perahu); ~ mahkota a) karangan bunga pd mahkota; b) yg tercinta, yg dikasihi; ~ rencana induk karangan (dlm majalah, surat khabar, dll); ~ surat kepala surat; bertajuk 1. ada tajuknya, memakai tajuk: ia memakai seberhana tubuh, berkain pancung, bersebai, berdestar, ~; 2. ada judulnya (karangan dll), berkepala: karangan ini tidak ~; menajuk kelihatan menganjur (tinggi), ter-cacak, terkemuka; mempertajuk sl memberi bertajuk, memakai tajuk pd: maka dipertajuk tuan puteri berjerlai-jerlai. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
telur I | benda yg mengandungi lembaga anak (bkn beberapa jenis binatang spt unggas, serangga, ikan, reptilia, dll) yg umumnya bersalutkan kulit yg keras: ~ ayam; ~ ikan; ~ katak;~ asin = ~ masin telur ayam (itik) yg diasin-kan; ~ belangkas sj kuih; ~ bungkus = ~ kemungkus = ~ tembelang telur yg tidak dapat menetas dan menjadi busuk; ~ busuk = ~ selasih sebarang telur yg busuk; ~ cacak = ~ joran = ~ merah bunga telur (dlm majlis perkahwinan); ~ dadar telur (ayam dll) yg diaduk lalu digoreng; ~ gabus a) telur ikan gabus; b) sj penganan yg dibuat drpd tepung beras (terigu) dan rupanya spt telur ikan gabus; ~ kubis (kol) bakal bunga yg ada dlm kubis; ~ kemeruk = ~ kemuruk = ~ sembohok telur yg menjadi busuk setelah lembaganya terjadi; ~ mata sapi = ~ mata lembu telur ayam yg digoreng bulat-bulat (tidak dipecahkan merahnya); ~ rebus telur yg direbus sehingga keras isinya; ~ separuh masak telur yg dimasak dgn cara merendamnya dlm air mendidih selama lebih kurang 7 minit (supaya tidak masak keras spt telur rebus); ~ terubuk telur ikan terubuk; masih dlm ~ a) masih dlm kandungan ibu; b) belum wujud lagi (masih dlm rancangan dll);ibarat ~ sesangkak, pecah satu pecah semuanya = spt ~ dua sebandung, pecah satu pecah keduanya prb orang yg semuafakat itu sama hidup sama mati dan tidak berubah setianya; spt ~ di hujung tanduk prb orang yg dlm keadaan yg amat sulit (salah sedikit dapat bahaya); bertelur, menelur ark 1. mengeluarkan telur: sungguhpun katak hidup di darat, tetapi biasanya ia kembali ke air utk mengawan dan ~; 2. bp buang air besar, berak; 3. ki menggugurkan bom (dr kapal terbang), mengebom; 4. ki mendatangkan hasil (keuntungan); menelurkan 1. mengeluarkan telur, bertelur; 2. ki bp menerbitkan, menciptakan, meng-hasilkan, mewujudkan: percubaannya itu tidak ~ hasil; perbincangan antara menteri-menteri luar tiga kuasa besar mungkin akan ~ suatu sidang kemuncak; 3. menggugurkan (menjatuhkan) bom, mengebom. | Kamus Dewan Edisi Keempat |