cela-mencela | saling mencela, caci-mencaci; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
caci-mencaci | (perbuatan) saling mencaci (antara satu sama lain): utk menenangkan keadaan, elakkan sebarang perbuatan ~ dan cabar-mencabar; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cela | 1. kekurangan, cacat, cedera: tidak ada cacat ~nya sedikitpun; 2. aib, noda (bkn perbuatan dll); 3. kecaman, kritik: puji dan ~ tidak bercerai; bercela mempunyai cela (cacat dll); mencela mengecam, mengkritik (dgn memburuk-burukkan sahaja), mencaci, mencacat: mengapa kau ~ dia? cela-mencela saling mencela, caci-mencaci; tercela tercacat, dapat (patut) dicela: kelakuannya tidak ~; celaan kecaman, kritikan (yg memburuk-burukkan sahaja), cacian; kecelaan 1. cela, cacat, kecacatan; 2. keaiban: mendatangkan ~ kpd keluarga; berkecelaan bercacat, dapat (patut) dicela; pencelaan perihal (perbuatan dsb) mencela; pencela orang yg mencela, pengkritik (yg suka memburuk-burukkan sahaja), pencaci. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
caci | cela, cerca, nista; ~ maki kata yg keji dan kotor; bercaci-cacian saling mencaci, saling mencela, saling mencerca, saling menghina; mencaci 1. mengatakan keburukan orang, mencela, menghina: dia tidak mahu belajar lagi kerana gurunya selalu ~ dia di depan murid-murid lain; 2. = ~ maki memaki-maki dgn kata-kata yg keji dan kotor; caci-mencaci (perbuatan) saling mencaci (antara satu sama lain): utk menenangkan keadaan, elakkan sebarang perbuatan ~ dan cabar-mencabar; tercaci dicaci, terkeji: sifat-sifat yg ~; cacian celaan, cercaan, nistaan; pencaci orang yg mencaci. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
damprat | ; mendamprat Jk memaki hamun, mencaci maki; dampratan caci maki, celaan (keras). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
caci | = cacian kata-kata yg keji utk menghina dan utk mencerca; nista. ~ nista kata-kata yg keji dan kurang sopan. bercaci-cacian saling mengatai atau saling mencerca. mencaci mengatakan keburukan orang; menghina. pencaci orang yg mencaci. | Kamus Pelajar |
hamun | caci, kutuk, maki, sumpah seranah: maki ~ berbagai-bagai makian; berhamun-hamun memaki-maki; menghamun, menghamuni mencaci maki, menyumpahi: bapanya ~ dan memaki dia. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hamun | kata-kata utk menghina; caci maki; sumpah seranah: maki ~ berbagai-bagai makian. menghamun mengeluarkan kata-kata utk menghina (terhadap); mencaci: Bapanya ~nya kerana dia gagal dlm peperiksaan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
cerca | , = cercaan kata-kata yg dituturkan utk menghina (mengejek dsb); celaan; caci maki. mencerca mencela keras; mencaci; memaki: Kita tidak dibenarkan ~ orang lain. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
hamun | kata-kata utk menghina; caci maki; sumpah seranah: maki ~ berbagai-bagai makian. menghamun mengeluarkan kata-kata utk menghina (terhadap); mencaci: Bapanya ~nya kerana dia gagal dlm peperiksaan. | Kamus Pelajar |