petaruhan | wang dll yg dipasang dlm perjudian, tagan: 50 sen sahaja ~ saya pd nombor 21; 2. sesuatu yg disuruh simpan (selenggara dll), titipan; 3. cagaran, gadaian: adat orang berhutang, tiada ~ ditangguh, tiada tangguhan cagaran, tiada cagaran ikutkan; 4. simpanan: wang ~; 5. (barang) yg hanya dipakai utk sesuatu upacara (spt pesta, majlis perkahwinan, dll): ayuhai Kembang, inilah kain ~ beta; 6. pengorbanan (nyawa dll), sabungan nyawa: termakan budi besar celakanya, kadang-kadang nyawa dan badan jadi ~nya; 7. (anak) yg dicintai (dikasihi): segala anak-anak dara ~ sekaliannya ber-terpaan hendak melihat Raja Zainal; anak ~;; 8. hadiah yg ditawar-kan (kpd orang yg menangkap pengganas dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gadai | pinjaman wang yg dilakukan dgn cara menyerahkan barang sbg cagaran. barang ~ barang yg diberikan sbg cagaran hutang. bergadai meminjam wang dgn memberikan cagaran: Dia terpaksa ~ utk membelanjai persekolahan anaknya. ~ bergolok berusaha mendapatkan wang dgn bergadai. ~ nyawa berusaha utk mencapai sesuatu dgn tidak menghiraukan keselamatan diri; menyabung nyawa. menggadai menerima barang sbg cagaran wang yg dipinjamkan kpd pemilik barang itu: Siapa yg ~ kebunmu? menggadaikan menyerahkan barang dll sbg cagaran hutang: Kerana kekurangan belanja, dia terpaksa ~ gelang dan kalung isterinya. tergadai sudah digadaikan; habis digadaikan: Kerana kuat berjudi, dua bidang tanahnya ~. penggadaian perbuatan menggadai atau menggadaikan. penggadai orang yg menggadai. pegadaian pajak gadai; tempat bergadai. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
gadai | 1. pinjaman wang dgn menyerahkan barang sbg cagaran utk tempoh tertentu (kalau tidak ditebus dlm tempoh tersebut barang itu akan menjadi milik orang yg memberi pinjaman); ~ gelap gadai tanpa izin; 2. = barang ~ barang yg diserahkan sbg cagaran hutang;menebus ~ menebus barang yg menjadi cagaran hutang; menjual ~ menjual barang dgn syarat barang itu dapat ditebus dlm tempoh tertentu; (kedai) pajak ~ = rumah ~ tempat meminjam wang dgn menyerahkan sesuatu sbg cagaran; surat ~ surat yg menandakan hutang dgn cagaran barang; ~ terdorong kpd Cina prb terlanjur, tidak mungkin ditarik kembali;bergadai mendapatkan pinjaman dgn memberi (menyerahkan) sesuatu cagaran: dia sanggup ~ utk membiayai persekolahan anaknya; ~ golok (bergolok) berikhtiar mendapatkan sesuatu dgn bergadai; ~ nyawa mempertaruhkan nyawa, meletakkan diri sendiri dlm keadaan yg boleh menyebabkan maut utk atau kerana seseorang atau sesuatu;menggadai 1. Id menerima cagaran utk wang yg dipinjamkan; 2. = menggadaikan: ~ tanah; ~ nyawa bergadai nyawa; ~ terdorong ke pajak, sehari sebulan juga prb sesuatu perbuatan yg terlanjur walaupun kecil akibatnya sama spt yg besar juga; menggadaikan 1. menyerahkan sesuatu (tanah dll) sbg cagaran hutang: keadaan hidupnya demikian terdesak hingga ia terdorong ~ harta bendanya; 2. menyerahkan atau meletakkan sesuatu dlm keadaan terancam atau sbg cagaran utk mendapatkan sesuatu faedah dsb, mempertaruhkan: dia sedih raja ~ imannya; tergadai telah digadai; orang ~ orang yg menjadi jaminan hutang; tercacak bagai lembing ~ prb tertegun kehairanan; gadaian barang yg tergadai;penggadaian perihal (perbuatan) menggadai;pegadaian rumah gadai, pajak gadai;penggadai orang yg menjalankan pekerjaan menggadai. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pertaruh | taruhan 1. = pertaruh, petaruhan wang dll yg dipasang dlm perjudian, tagan: 50 sen sahaja ~ saya pd nombor 21; 2. sesuatu yg disuruh simpan (selenggara dll), titipan; 3. cagaran, gadaian: adat orang berhutang, tiada ~ ditangguh, tiada tangguhan cagaran, tiada cagaran ikutkan; 4. simpanan: wang ~; 5. (barang) yg hanya dipakai utk sesuatu upacara (spt pesta, majlis perkahwinan, dll): ayuhai Kembang, inilah kain ~ beta; 6. pengorbanan (nyawa dll), sabungan nyawa: termakan budi besar celakanya, kadang-kadang nyawa dan badan jadi ~nya; 7. (anak) yg dicintai (dikasihi): segala anak-anak dara ~ sekaliannya ber-terpaan hendak melihat Raja Zainal; anak ~; 8. hadiah yg ditawarkan (kpd orang yg menangkap pengganas dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
taruhan | taruhan 1. = pertaruh, petaruhan wang dll yg dipasang dlm perjudian, tagan: 50 sen sahaja ~ saya pd nombor 21; 2. sesuatu yg disuruh simpan (selenggara dll), titipan; 3. cagaran, gadaian: adat orang berhutang, tiada ~ ditangguh, tiada tangguhan cagaran, tiada cagaran ikutkan; 4. simpanan: wang ~; 5. (barang) yg hanya dipakai utk sesuatu upacara (spt pesta, majlis perkahwinan, dll): ayuhai Kembang, inilah kain ~ beta; 6. pengorbanan (nyawa dll), sabungan nyawa: termakan budi besar celakanya, kadang-kadang nyawa dan badan jadi ~nya; 7. (anak) yg dicintai (dikasihi): segala anak-anak dara ~ sekaliannya berterpaan hendak melihat Raja Zainal; anak ~; 8. hadiah yg ditawar-kan (kpd orang yg menangkap pengganas dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gadai | pinjaman wang yg dilakukan dgn cara menyerahkan barang sbg cagaran. barang ~ barang yg diberikan sbg cagaran hutang. bergadai meminjam wang dgn memberikan cagaran: Dia terpaksa ~ utk membelanjai persekolahan anaknya. ~ bergolok berusaha mendapatkan wang dgn bergadai. ~ nyawa berusaha utk mencapai sesuatu dgn tidak menghiraukan keselamatan diri; menyabung nyawa. menggadai menerima barang sbg cagaran wang yg dipinjamkan kpd pemilik barang itu: Siapa yg ~ kebunmu? menggadaikan menyerahkan barang dll sbg cagaran hutang: Kerana kekurangan belanja, dia terpaksa ~ gelang dan kalung isterinya. tergadai sudah digadaikan; habis digadaikan: Kerana kuat berjudi, dua bidang tanahnya ~. penggadaian perbuatan menggadai atau menggadaikan. penggadai orang yg menggadai. pegadaian pajak gadai; tempat bergadai. | Kamus Pelajar |
cagaran | 1. barang yg dijadikan sbg taruhan apabila berhutang, barang yg digadaikan, rungguh(an); 2. cengkeram, bayaran pendahuluan, wang muka; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cagaran | 1 barang yg dijadikan sbg jaminan utk berhutang. 2 wang yg dibayarkan dahulu kerana hendak membeli atau menempah sesuatu; wang muka; cengkeram. mencagarkan memberikan sesuatu sbg cagaran hutang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
cagar | , = cagaran 1 barang yg dijadikan sbg jaminan utk berhutang. 2 wang yg dibayarkan dahulu kerana hendak membeli atau menempah sesuatu; wang muka; cengkeram. mencagarkan memberikan sesuatu sbg cagaran hutang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sandar II | = sandaran sesuatu yg dijadikan cagaran atau jaminan (dlm berhutang dll), gadai, petaruh; menyandarkan memberikan sesuatu utk jaminan (dlm berhutang), menggadaikan; tersandar dijadikan cagaran (jaminan hutang), tergadai. | Kamus Dewan Edisi Keempat |