cah | sr 1. kata utk menyatakan perasaan tidak suka (menghina, mengejek, dll); 2. kata utk menggertak kerbau (supaya lebih cepat berjalan). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
alun | ombak yg memanjang dan tidak memecah, ombak yg bergulung-gulung: perahu itu berayun-ayun dilenggang ~; beralun, beralun-alun 1. berombak memanjang: air laut yg ~; padi di sawah ~-alun ditiup angin; 2. berbentuk tinggi rendah spt ombak (bkn rambut), berombak-ombak, ikal: bahan-bahan pemeliharaan rambut menjadikan rambut berseri, bermaya dan ~; 3. berlagu atau berirama tinggi rendah, turun naik rentaknya (bkn suara); mengalun, mengalun-alun 1. mengombak memanjang, mengombak membuai-buai; 2. berirama tinggi rendah, beralun: suara azan ~ ke udara; mengalunkan menjadikan sesuatu (suara, lagu, dll) beralun (berirama tinggi rendah): ~ suara menyanyikan sebuah lagu asli; alunan 1. perihal (keadaan atau gerakan dsb) mengalun: olengan kapal, ~ gelombang menyebabkan kepalanya pening; 2. irama atau rentak tinggi rendah: ~ suara biduanita yg terkenal. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pesta makanan | kegiatan memperkenal, menghidang, dan menjual pelbagai rencah resipi masakan yg beraneka rasa (spt masakan pedas, manis, masin, dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pesta | (pésta) 1. kerja dsb menjamu (bersuka ria dll) utk merayakan sesuatu peristiwa, perayaan: dia selalu pergi menghadiri ~ jamuan yg diadakan; 2. kegiatan berupa kempen (promosi, pertandingan, dll) secara bersiri, biasanya secara tahunan, dgn konsep dan tujuan yg tersendiri, festival: ~ buku; ~ makanan; 3. perayaan kebudayaan atau keagamaan: P~ Kaamatan; P~ Gawai; ~ bola acara mengadakan siri pertandingan bola sepak; ~ buku kempen membudayakan masyarakat supaya mendampingi, membeli, dan membaca pelbagai bahan bacaan; ~ dansa perayaan dgn berdansa; ~ filem pertandingan (pertunjukan) beberapa buah filem; ~ gila bp perayaan tari-menari dgn orang yg menghadirinya berpakaian anekaragam (bertopeng dll); P~ Kaamatan pesta yg dirayakan sbg tanda kesyukuran oleh masyarakat Kadazan Dusun di Sabah dgn memuja semangat padi; ~ kahwin = ~ nikah perayaan kahwin; ~ lagu pertandingan lagu yg mempersembahkan pelbagai tema dan irama muzik (spt jaz, rap, rok, asli, dll); ~ makanan kegiatan memperkenal, menghidang, dan menjual pelbagai rencah resipi masakan yg beraneka rasa (spt masakan pedas, manis, masin, dll); ~ ria acara keramaian utk bersuka ria yg diadakan di tempat lapang dsb, biasanya disertai berbagaibagai aktiviti lain spt pertunjukan, hiburan, jual beli, permainan dsb; berpesta, berpesta-pesta bersuka ria (dgn makan-makan, berdansa, dll): mereka ~ sahaja selepas kejayaan itu; ~ pora berpesta besar (mengadakan perayaan besar-besaran dgn makan minum dll); memestakan 1. merayakan (sesuatu peristiwa dll) dgn makan minum dan bersuka ria: aku tidak pernah berasa perlu utk ~ ulang tahun; 2. mengadakan pesta utk: ~ anaknya yg baru pulang dr luar negeri; pesta-pestaan perihal berseronok-seronok (bersuka ria): kebudayaan itu adalah suatu yg serius, bukan sekadar riuh-rendah ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |