nota kontrak | dokumen yg mengesahkan urus niaga telah dijalankan, yg mengandungi maklumat spt syarat penjualan dan pembelian saham dan caj-caj lain; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
caj | 1. bayaran yg perlu utk sesuatu perkhidmatan atau barang yg dibeli: kenaikan ~ perkhidmatan sebanyak 500 peratus yg dikenakan oleh LKIM; 2. mengenakan harga (pd barang, perkhidmatan): apa fasal kau ~ lebih? 3. pertuduhan (dlm mahkamah). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
nota | 1. surat rasmi (antara dua negara dll), surat keterangan yg rasmi: kenyataan ini dibuat setelah diadakan pertukaran ~ antara Paris dan Moscow; 2. surat peringatan (amaran, pemberitahuan, dll): setiausaha gabenor mengirim ~ keras; 3. bahan berupa catatan-catatan bertulis (tentang sesuatu tajuk, perkara yg dipelajari, dll) utk rujukan pd masa hadapan: ~ kuliah; 4. catatan atau keterangan ringkas untuk menjelaskan atau menghuraikan sesuatu; ~ bab nota (catatan) yg dirakamkan pd akhir bab; ~ hujungan nota (catatan) yg dirakamkan selepas lampiran atau bahagian teks; ~ kaki catatan (keterangan) ringkas yg ditulis atau terdapat pd kaki atau bahagian bawah sesuatu halaman buku dll (pd ruang antara teks dan jidar kaki); ~ kontrak dokumen yg mengesahkan urus niaga telah dijalankan, yg mengandungi maklumat spt syarat penjualan dan pembelian saham dan caj-caj lain; ~ tepi nota (catatan) yg dirakamkan pd jidar luar dan jidar dalam. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kad caj | sj kad kredit yg pd asasnya memerlukan pemegang kad tersebut membayar segala perbelanjaan yg telah dibuatnya pd tarikh yg ditetapkan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bil | penyata bertulis tentang caj bagi barang dan perkhidmatan yg telah diterima: ~ air; ~ elektrik;~ muatan kapal dokumen yg dikeluarkan oleh syarikat pengangkutan (bkn barang yg dihantar kpd pengirim, sbg kontrak antara kedua-dua pihak dan sbg dokumen hak milik penama barang tersebut); ~ perbendaharaan (Eko) bon jangka pendek yg dikeluarkan oleh kerajaan utk meminjam drpd bank perdagangan atau orang perseorangan bagi memenuhi keperluan kewangan pd masa tertentu; mengebil menghantar (membuat, menyediakan, mengeluarkan, atau mengenakan) bil kpd atau utk: pihak syarikat akan ~ anda kemudian; mengebilkan menyediakan (membuat) bil utk barangan yg dijual atau perkhidmatan yg diberikan: sistem ini membolehkan pelanggan mencatat semua panggilan telefon bagi mengesahkan sama ada panggilan dibilkan dgn betul atau sebaliknya; pengebilan perihal (perbuatan, proses dsb) mengebil atau mengebilkan: pihaknya sudah mengemukakan beberapa cadangan mengenai struktur ~ baru itu; apa yg dibimbangkan oleh TNB ialah pemalsuan sistem meter dlm ~ kpd pengguna komersial. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
panggilan nasional | panggilan yg dibuat ke tempat yg melebihi 4 km dr ibu sawat, biasanya caj akan dicetak pd bil telefon dgn butiran terperinci; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
panggilan jauh | panggilan yg dibuat ke tempat yg melebihi 4 km dr ibu sawat, biasanya caj akan dicetak pd bil telefon dgn butiran terperinci; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
panggilan nasional | panggilan telefon yg dibuat ke tempat yg melebihi 4 kilometer dr ibu sawat telekom, biasanya caj akan dicetak pd bil telefon dgn butiran terperinci. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kad | keping(an) kertas yg agak tebal dan keras (biasanya berbentuk empat persegi); ~ ahli kad sbg tanda menjadi ahli (sesuatu perkumpulan dsb); ~ caj sj kad kredit yg pd asasnya memerlukan pemegang kad tersebut membayar segala perbelanjaan yg telah dibuatnya pd tarikh yg ditetapkan; ~ Hari Raya kad utk mengucapkan selamat Hari Raya; ~ jaminan kad yg diberikan oleh sesebuah syarikat kpd pelanggan sbg jaminan bahawa sebarang kerosakan yg berlaku pd barangan yg dijual dlm tempoh tertentu (selepas digunakan) akan dibaiki (diganti) tanpa sebarang bayaran; ~ jemputan = ~ undangan kad yg digunakan utk menjemput orang (menghadiri sesuatu majlis dsb); ~ kredit kad yg menunjukkan keterangan spt nama, tandatangan dan nombor kod pemegangnya yg membolehkan pemegang kad itu membuat pembelian (utk barangan, perkhidmatan, dsb) secara kredit; ~ kuning (Suk) kad berwarna kuning yg ditunjukkan oleh pengadil kpd seseorang pemain sbg tanda amaran kerana berlaku kasar, melawan pengadil dsb, biasanya dlm permainan bola sepak; ~ merah a) kad jemputan kahwin; b) (Suk) kad berwarna merah yg ditunjukkan kpd pemain sbg tanda perintah keluar padang, biasanya dlm permainan bola sepak; ~ pengenalan kad yg mengandungi keterangan tertentu mengenai diri seseorang (namanya, alamatnya, bangsanya, dll); ~ pintar kad plastik seakan-akan kad kredit yg boleh menyimpan dan memproses data komputer utk pelbagai kegunaan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
panggilan tempatan | panggilan telefon yg dibuat ke tempat yg dlm lingkungan 4 kilometer dr ibu sawat telekom, biasanya butiran terperinci tidak akan dicetak pd bil telefon, cuma terdapat jumlah unit keseluruhan yg digunakan, kadar bayaran per unit dan caj yg dikenakan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |