Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cakah 1


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
cakah1 lebar (ttg sudut, cabang dsb): sudut ~ sudut yg lebarnya lebih drpd 90º dan kurang drpd 180º. 2 makin ke hujung atau ke atas makin besar bukanya (ttg baldi, sepasang tiang dsb); lw tirus: baldi ~; tanduk ~.Kamus Pelajar Edisi Kedua
capah IMn cakah; mencapah 1. berpecah drpd suatu tumpuan lalu berserak ke berbagai-bagai arah yg berlainan (bkn sinar cahaya, pemikiran dll); 2. menjadi semakin lebar atau besar buka­annya apabila semakin ke hujung atau ke hadapan (bkn bukaan kaki, jari kaki, jari tangan dll): jari-jari tangan dan kakiku ~ ke hadapan; pencapahan perihal atau proses mencapah.Kamus Dewan Edisi Keempat
cakah1. lebar (bkn sudut, cabang, kangkang kaki, dll); sudut ~ sudut yg luasnya lebih drpd 90° tetapi kurang drpd 180°; 2. tidak melengkung (bkn tanduk), lurus ke kiri dan ke kanan, kedua-dua hujungnya berjauhan; mencakah 1. berjalan dgn kaki terkangkang: berjalan ~; 2. melebarkan (cabang dll).Kamus Dewan Edisi Keempat
cakah1. lebar (ttg sudut, cabang dsb): sudut ~ sudut yg lebarnya lebih drpd 90o dan kurang drpd 180o. 2. makin ke hujung atau ke atas makin besar bukanya (ttg baldi, sepasang tiang dsb); lw tirus: baldi ~; tanduk ~.Kamus Pelajar
kupitKl 1. bakhil, kedekut, kikir; 2. tidak lebar (tidak cakah), sempit, tirus.Kamus Dewan Edisi Keempat
bajang1 hantu berkuku panjang yg kononnya suka mengganggu wanita hamil atau kanak-kanak. 2 puting pd sambungan kayu yg bentuknya cakah ke luar dan tirus ke dalam: kuku ~ bahagaian sambungan kayu yg mencengkam puting atau yg dimasukkan ke dlm sela-sela puting.Kamus Pelajar Edisi Kedua
bajang1. hantu berkuku panjang yg kononnya suka mengganggu wanita hamil atau kanak-kanak. 2. puting pd sambungan kayu yg bentuknya cakah ke luar dan tirus ke dalam: kuku ~ bahagian sambungan kayu yg mencengkam puting atau yg dimasukkan ke dlm sela-sela puting.Kamus Pelajar
tanduk I1. dua benda keras yg tumbuh di kepala binatang (spt kerbau, lembu, dll), sj cula: ~ lembu; ~ rusa; 2. drpd bahan tanduk (alat perkakas dll): sikat ~; 3. sesuatu yg ber­bentuk (berupa) tanduk: pisang ~; ~ badur = ~ koyok tanduk yg melengkung ke bawah; ~ cakah = ~ empang tanduk yg lurus mendatar; ~ capah tanduk lurus yg tumbuh mengangkang; ~ julang = ~ tegak tanduk yg lurus tegak tumbuhnya; ~ kangkum tanduk yg melengkung; ~ ragum tanduk yg pendek dan hujungnya hampir bertemu; ~ tendang tan­duk yg satu tumbuh ke atas dan satu lagi me­leng­kung ke bawah; ~ di kepala tak dapat digelengkan prb sese­orang itu tidak dapat melepaskan diri drpd kewajiban sendiri; bagai ~ bersendi gading prb jodoh yg tidak sepadan; bagai ~ diberkas prb amat sukar menyatukan (orang yg ber­lainan fikiran dll); bagai kerbau runcing ~ = runcing ~ prb orang yg terkenal jahatnya se­­hingga jikalau orang lain yg membuat ke­jahat­an orang menyangka dia juga; meng­hendaki (menghendakkan) ~ kuda = minta ~ kpd kuda prb menghendaki sesuatu yg tidak akan dapat; sedepa ~ yg datang, sejengkal ~ yg menanti, payah juga yg datang prb Mn peri­hal kesukaran berdagang ke negeri orang (tidak seberani anak negeri sendiri); tak (da­pat) ~ telinga dipulas prb sanggup mela­ku­­kan apa sahaja asal dapat membalas den­dam; bertanduk mempunyai tanduk, ada tan­duknya; (menantikan) kucing ~ prb mengharapkan sesuatu yg tidak mungkin;menanduk 1. menyondol dgn tanduk (ker­bau, lembu, dll); 2. menyondol sesuatu dgn kepalanya, memukul dgn kepala: pemain itu sedang ~ bola.Kamus Dewan Edisi Keempat
sudut1 bahagian tepi sesuatu ruang yg letaknya di antara dua bidang yg bertemu; penjuru: ~ bilik. 2 bidang atau kawasan di antara dua garisan yg bertemu pd satu titik: ~ tepat sudut 90o. 3 tempat yg jauh-jauh; ceruk rantau; pelosok: Mereka datang dr segenap ~ negeri. 4 dasar yg menjadi pegangan utk menilai sesuatu; arah pandangan; segi; aspek: Dr ~ nahu, ayat itu memang salah. ~ bersebelahan sudut yg letaknya bersebelahan dan mempunyai satu sempadan yg sama. ~ bertentangan pasangan sudut yg terbentuk oleh sepasang garis yg bersilang, yg terletak bertentangan antara satu dgn yg lain. ~ cakah sudut yg lebih drpd 90o tetapi kurang drpd 180o. ~ hati (jantung) jantung hati. ~ lurus sudut yg besarnya 180o. ~ refleks sudut yg besarnya lebih drpd 180o. ~ tegak sudut yg besarnya 90o. ~ tirus sudut yg kurang drpd 90o. menyudut 1 merupakan sudut. 2 ke (di) sudut.Kamus Pelajar Edisi Kedua
sudut1. penjuru (bilik, halaman, kain, padang, dll), ceruk, pojok (rumah dll): sesudah sem­bahyang maghrib, sesetengah orang berang­kat pulang atau pindah duduk ke ~ akan bercakap-cakap sampai tiba waktu isyak; 2. bidang atau luas antara dua garisan atau permukaan yg bertemu: satuan ukuran ~ ialah darjah; ~ 90°; 3. = sudutan tempat yg terletak jauh, ceruk rantau, pelosok: kapal pengangkut tentera dr Rabaul telah menge­lilingi ~ timur New Guinea utk melakukan pendaratan di Port Moresby; 4. pokok atau dasar pandangan (penelitian, penyelidikan, dll), arah pandangan, segi: beliau telah mengkritik mahaguru itu dr ~ agama bukan dr ~ sastera; ~ bersebelahan sudut yg berada di sebelah sudut yg lain; ~ bertentangan pasangan sudut yg terbentuk oleh sepasang garis yg bersilang, yg terletak di sebelah bertentangan titik persilangan; ~ bucu sudut bertentangan; ~ cakah sudut yg besarnya lebih drpd 90° tetapi kurang drpd 180°; ~ hati = ~ jantung ki jantung hati, hati sanubari; ~ lurus sudut yg besarnya 180°, spt yg terbentuk pd garis lurus; ~ mata ekor (hujung) mata; ~ pelengkap sudut yg apabila ditambah dgn sudut sebelahnya menjadi sudut tegak atau 90°; ~ refleks sudut yg besarnya lebih drpd 180°; ~ sama sudut­sudut yg sama besarnya dlm sebuah rajah satah; ~ sepadan sudut yg sama besar dan sama kedudukannya pd dua segi tiga yg kongruen; ~ tegak sudut yg besarnya 90°; ~ tirus sudut yg besarnya kurang drpd 90°; menyudut 1. merupakan sebuah sudut; 2. pergi ke sudut, duduk di sudut.Kamus Dewan Edisi Keempat
12

Kembali ke atas