Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ca.la/] | چالق

Definisi : keletah bercakap, lancang mulut, ber­cakap ikut suka hati sahaja. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ca.la/] | چالق

Definisi : ; mencalak cemerlang, bercahaya, bersinar: matahari ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ca.la/] | چالق

Definisi : Mn celak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata calak

Peribahasa

Siapa cerdik tinggi naik,
     siapa calak menang berhitung.

Bermaksud :

Orang yang pandai berkata-kata, meskipun bersalah, dipercayai orang jua. calak = banyak cakap; berhitung = berunding.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
asah Igosok (utk menajamkan, meratakan, me­licinkan, dll): ~ bulat, ~ lentik, ~ papan, ~ repang, ~ runcing, ~ sayap kumbang (cara-cara mengasah gigi); calak-calak ganti ~ prb barang apa yg dipakai utk sementara sebelum ada yg lebih baik;berasah sudah diasah, sudah digosok (dicanai dsb);mengasah 1. menajamkan, mengilir: ~ pisau; 2. mencanai, menyerodi: ~ batu cincin; 3. menggosok (utk meratakan, melicinkan, dll): ~ gigi; 4. memupuk dan meningkatkan (membina, mengembangkan, dsb): keputusan yg baik dapat digunakan utk ~ kecenderung­an seseorang murid terhadap sesuatu jenis pekerjaan; ~ bakat memupuk dan mengem­bangkan bakat; ~ budi = ~ otak = ~ fikiran mempertajam fikiran (menjadikan lebih cekap berfikir dsb); ~ hati memanaskan hati; belakang parang sekalipun jika diasah tajam juga prb berapa bodoh pun orang kalau selalu diajar akan pandai juga;asahan 1. yg telah diasah; 2. yg digunakan utk mengasah: batu ~;pengasahan perihal (perbuatan dll) mengasah;pengasah 1. alat utk mengasah; 2. orang yg mengasah.Kamus Dewan Edisi Keempat
calak VTr mencuit (sesuatu) dgn kuat dgn menggunakan hujung jari.Kamus Dewan Edisi Keempat
calak IVMn sj asah; ~ ganti asah, menanti tukang belum datang prb menggunakan apa yg ada sementara menunggu yg lebih baik lagi (dipakai utk sementara waktu sahaja); mencalak menggosok, melampas, mengasah.Kamus Dewan Edisi Keempat
calak IIIMn celak.Kamus Dewan Edisi Keempat
calak II; mencalak cemerlang, bercahaya, bersinar: matahari ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
calak Ikeletah bercakap, lancang mulut, ber­cakap ikut suka hati sahaja.Kamus Dewan Edisi Keempat
cerdik1. dapat mengerti dgn cepat, berakal, pandai: Ali seorang pelajar yg ~; 2. banyak akal, licik, tahu tipu muslihat, pandai putar belit; ~ buruk (busuk) pandai (suka) menipu; ~ pandai (cendekia) (orang) cerdik lagi pandai, (orang) terpelajar; ~ bagai ekor kerbau prb orang yg melakukan sesuatu yg bodoh dan merugikan diri sendiri; kalau hutang akan berbayaran juga, tidak guna orang ~ pandai prb orang yg cerdik itu dapat mempertahankan yg salah menjadi benar (yg buruk menjadi baik); siapa ~ tinggi naik, siapa calak menang berhitung prb orang yg pandai bercakap putar belit akhirnya dipercayai juga cakapnya; secerdik-cerdik bagaimana (betapa) cerdik sekalipun: ~ dia, akhirnya tertipu juga; mencerdikkan 1. menjadikan (seseorang) cerdik, memandaikan: ilmu tidak turun dr langit utk ~ insan; 2. menjadikan sistem komputer lebih canggih dan cekap: kajian lanjut perlu dilakukan utk ~ komputer supaya dapat memahami bahasa; kecerdikan 1. kepintaran, kepandaian; 2. kecurangan, kelicikan.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas