Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata calit 1


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
calit1. tanda seperti cat (kapur dan lain-lain) yang telah disapukan atau dipalitkan sedikit, palit; 2. bp tanda berbentuk V pada pakaian seragam anggota polis atau tentera yang menunjukkan pangkat (hingga ke taraf sarjan sahaja): dengan satu calit di lengan, saya mula berasa selesa memakai pakaian seragam; calit api mancis api, gores api;Kamus Dewan Edisi Keempat
mencolek1. menyentuh (mengambil, men­calit, dll) dgn hujung jari: kelihatan ia ~ dinding dgn telunjuk kanannya; 2. mencecah kuah (manisan dll); 3. mencungkil dgn hujung jari (bilah dll) utk mengeluarkan atau mengambil sesuatu: ~ tahi telinga dgn rokok daun; 4. menggores (memantik) dgn bilah gores api dll; 5. menyentuh (menggamit) dgn hujung jari; ~ gamit memegang-megang (menyentuh-nyentuh, menggeletek, dll) spt pd masa bersenda gurau dll; ~ hati meng­gelikan hati;Kamus Dewan Edisi Keempat
conteng (conténg)coreng, coret, calit, palit; berconteng-conteng bercoreng-coreng (dgn cat, arang, dll), bercalit-calit, berpalit-palit: papan hitam itu dilihatnya penuh ~ dgn kapur; menconteng mencoreng (dgn cat, arang, kapur, dll), mencalit, memalit: adik saya suka sangat ~ buku saya; ~ arang di muka prb memberi malu (aib); mencontengkan mencorengkan, memalit­kan: ia asyik ~ cat di papan itu; terconteng 1. sudah diconteng, tercoreng; 2. ki mendapat malu (aib); contengan hasil menconteng: kertas yg putih bersih itu menjadi comot dgn ~; penconteng orang yg menconteng atau mencontengkan.Kamus Dewan Edisi Keempat
colek (colék) I; secolek 1. sebanyak yg di­sentuh (diambil, dicalit) dgn hujung jari; 2. sedikit sangat, sececah: dia beri kuih ~ sahaja kpd adiknya; mencolek 1. menyentuh (mengambil, men­calit, dll) dgn hujung jari: kelihatan ia ~ dinding dgn telunjuk kanannya; 2. mencecah kuah (manisan dll); 3. mencungkil dgn hujung jari (bilah dll) utk mengeluarkan atau mengambil sesuatu: ~ tahi telinga dgn rokok daun; 4. menggores (memantik) dgn bilah gores api dll; 5. menyentuh (menggamit) dgn hujung jari; ~ gamit memegang-megang (menyentuh-nyentuh, menggeletek, dll) spt pd masa bersenda gurau dll; ~ hati meng­gelikan hati; pencolek; ~ api Kl mancis, korek api.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas