calung | 1 bekas yg dibuat drpd buluh utk mengambil air. 2 tempat menadah susu getah; cawan getah. 3 pencedok air (minyak dsb). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
calung | 1. bekas yg dibuat drpd buluh utk mengambil air; 2. pencedok air (minyak dll); 3. bekas menakung susu getah, cawan getah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
calung | 1. bekas yg dibuat drpd buluh utk mengambil air. 2. tempat menadah susu getah; cawan getah. 3. pencedok air (minyak dsb). | Kamus Pelajar |
pisau calung | sj pisau besar yg bengkok hujungnya utk menebas belukar; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jolong | 1. Ph (lebih) tinggi drpd yg lain (manusia dll); 2. Kl tabung buluh yg panjang utk mengambil air, calung; menjolong ark menjulur keluar, menonjol panjang keluar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pisau I | sj besi tipis yg tajam dan berhulu utk memotong (menghiris dll); ~ belati sj pisau kecil yg tajam (digunakan oleh kelasi kapal); ~ calung sj pisau besar yg bengkok hujungnya utk menebas belukar; ~ cukur (pencukur) a) sj pisau yg tajam utk mencukur rambut; b) ki perempuan yg suka menghabiskan wang (harta) lelaki; ~ dapur pisau yg digunakan di dapur; ~ getah sj pisau yg digunakan utk menoreh getah; ~ lipat sj pisau yg matanya (bilahnya) boleh dilipat; ~ makan = ~ meja sj pisau yg digunakan utk memotong daging waktu makan; ~ raut sj pisau kecil yg tajam utk meraut rotan dll; ~ runcing sj pisau tajam yg matanya tirus ke hujung; ~ sadap sj pisau utk menyadap mayang kelapa dll; ~ wali sj pisau kecil yg tajam utk mengukir dll; berapakah tajam ~ parang, tajamlah lagi mulut manusia prb kata-kata seseorang itu lebih tajam drpd senjata; bermain ~ luka prb seseorang yg melakukan kejahatan akan merasakan akibatnya; spt ~ raut, bongkok orang boleh dibetulkan, bongkok sendiri tak boleh betul prb kesusahan orang dapat diselesaikan tetapi kesusahan sendiri berkehendakkan pertolongan orang lain; tajam ~ kerana diasah prb jadi berani kerana dihasut, jadi pintar kerana diajar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |