Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : campur aduk, kacau; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : campur aduk; bercampur baur bercampur aduk; mencampurbaurkan mencampuradukkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ; bercampur baur 1 bercampur dgn tidak menentu; bercampur aduk. 2 berkumpul dan berbaik-baik (selaku sahabat, suami isteri dsb); bergaul: Saya sudah ~ dgn mereka sejak sepuluh tahun yg lalu. mencampurbaurkan menjadikan bercampur baur; mencampuradukkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata campur baur


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
kacau I1. tidak tersusun (teratur), campur baur, campur aduk: susunan kad itu ~; 2. kusut, tidak berketentuan, tidak teratur, tidak ten­teram: fikirannya ~; 3. huru-hara, tidak aman, tidak tenteram: pemimpin-pemimpin Perikatan menenteramkan keadaan ~ di Singapura; ~ daun mengganggu urusan peribadi, ketenangan, keselesaan dsb, orang lain; 4. = berkacau; berkacau 1. bercampur baur, bergaul betul: tunggu sampai cat itu sudah ~ benar; 2. ber­campur aduk (dgn hal-hal lain), berkecamuk, tidak kemas dan teratur: suasana pd masa itu ~ dgn soal perkauman; fikirannya ~; mengacau 1. menggaul sampai berkacau, mengaduk: ~ air kopi; 2. menjadikan kacau (tidak teratur, tidak aman, dll), menimbulkan huru-hara (kesulitan dll): ~ ketenteraman; 3. merunsingkan (fikiran, perasaan): ~ fikiran; anaknya ~ hatinya; mengacaukan 1. menjadikan bercampur (bergaul) betul; 2. menjadikan berkacau dgn hal-hal lain; 3. mengacau, menimbulkan keadaan yg kacau: satu pembaikan yg agak luas mempengaruhi sistem ejaan baru ini ialah dr segi keselarasan vokal yg dahulunya hal ini amat ~; memperkacaukan menjadikan berkacau; kacauan (sesuatu) yg bercampur aduk: bahasa Melayu pasar ialah bahasa ~; kekacauan keadaan kacau, keadaan tidak teratur (tidak aman dsb), kejadian yg merosak­kan (mengganggu) ketenteraman, kerusuhan: melawat tempat berlakunya ~; kepelbagaian ejaan utk satu bahasa tentulah menimbulkan ~ sahaja; pengacauan perihal mengacau; pengacau 1. (orang) yg mengacau, perusuh; 2. alat utk mengacau.Kamus Dewan Edisi Keempat
campur baurcampur aduk, kacau;Kamus Dewan Edisi Keempat
gaulcampur, baur, kacau; bergaul 1. bercampur (dgn), beraduk; 2. berkenalan, berbaik-baik, dan bercampur dgn orang lain, berkawan, bersahabat: begitulah aku ~ dan bermain dgn kawan-kawanku; kau harus ~ dgn rakyat supaya mengetahui bagaimana membimbing mereka;menggaul mengaduk, mencampur: tanah itu mestilah digaul dgn baja;menggauli, mempergauli mencampuri, berkawan secara mesra dgn: yg digauli Juriah orang muda-muda belaka;menggaulkan mencampurkan: kapur perekat dibuat dgn ~ kapur mati, pasir dan air;pergaulan perihal bergaul, percampuran (persahabatan dll): ~nya di sekolah disukai oleh guru besar; ~ hidup perihal hidup bergaul, kemasyarakatan.Kamus Dewan Edisi Keempat
campur baurcampur aduk; bercampur baur bercampur aduk; mencampurbaurkan mencampuradukkan.Kamus Dewan Edisi Keempat
campur baur;bercampur baur 1. bercampur dgn tidak menentu; bercampur aduk. 2. berkumpul dan berbaik-baik (selaku sahabat, suami isteri dsb); bergaul: Saya sudah ~ dgn mereka sejak sepuluh tahun yg lalu.Kamus Pelajar
campur baur; bercampur baur 1 bercampur dgn tidak menentu; bercampur aduk. 2 berkumpul dan berbaik-baik (selaku sahabat, suami isteri dsb); bergaul: Saya sudah ~ dgn mereka sejak sepuluh tahun yg lalu. mencampurbaurkan menjadikan bercampur baur; mencampuradukkan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
campur aduksangat beraduk, campur baur; bercampur aduk sudah bergaul (berkacau, berbaur, dll) betul, bercampur (bergaul dll) dgn tidak berketentuan; mencampuradukkan menjadikan bercam­pur aduk: filem Melayu itu kerap dicampuradukkan dgn pelbagai rupa kebudayaan; kadang-kadang mereka ~ penggunaan istilah ‘Melayu’ itu dlm konteks politik yg berbeza.Kamus Dewan Edisi Keempat
gado-gadoJw 1. sj makanan drpd sayur-sayuran, tempe, tauhu dsb yg digaul dgn kuah kacang; 2. campur baur, tidak teratur.Kamus Dewan Edisi Keempat
baur Icampur; campur ~ campur aduk, kacau;berbaur 1. beraduk, bercampur: teriak penjual-penjual rokok dan surat khabar ~ kacau-balau dlm kebisingan manusia seramai itu; 2. bergaul (dgn), bercampur: tidak patut ia dituduh menganut faham perkauman, ia ~ dgn segala bangsa; 3. berkahwin, hidup spt suami isteri: kami sudah 10 tahun ~; 4. mempunyai unsur, berbau, bersifat: ceramahnya ~ politik; ~ bagaikan muntah, bercerai bagaikan demam prb orang yg bersaudara itu, kalau berdekat berbantahan, jika berjauhan sangat rindu akan yg lain; ~ pangkal perceraian prb orang yg bersaudara itu kalau bercampur selalu timbul perselisihan;membauri menambah sesuatu supaya bercampur, mencampuri: ia mendengar suara laki-laki dibauri oleh suara perempuan; penulis memberi alasan bahawa berlaku kemajuan seni bina apabila pengetahuan teknologi dibauri oleh pelbagai unsur luar yg turut mengembangkan kebudayaan Melayu;membaurkan 1. = menyebaurkan mencampurkan, mengadukkan, mencampuradukkan: jangan dibaurkan tepung beras dgn tepung gandum; 2. = memperbaurkan membiarkan bercampur (bergaul): tidak baik ~ laki-laki dgn perempuan begitu rupa; 3. = memperbaurkan ki mengahwinkan: orang tuanya hendak ~ dia dgn sepupunya;terbaur sudah berbaur, tercampur, teraduk: yg pahit biasanya ubat, dan di dlm manis itulah biasanya ~ racun;bauran campuran, adukan;perbauran 1. perihal berbaur, percampuran, pergaulan; 2. perkahwinan; pembauran pencampuran, pengadukan.Kamus Dewan Edisi Keempat
campurkira-kira ~ kira-kira menjumlahkan sesuatu angka dgn angka-angka lain supaya menjadi lebih banyak (spt 5 + 5 = 10; 3 + 3 + 2 = 8). ~ tangan a. turut serta dlm urusan orang lain. b. turut serta melakukan sesuatu. bercampur 1. bergaul menjadi satu; berbaur: Ubat ini sudah ~ dgn air. Minyak dgn air tidak akan ~. 2. berkenalan dan berbaik-baik; bergaul: Beliau tidak suka ~ dgn jiran-jirannya. mencampur membuat kira-kira campur. mencampuri 1. bercampur dgn: Tidak mungkin minyak dpt ~ air. 2. turut memasuki hal orang lain: Itu urusan mereka, tidak usah kita ~nya. 3. bergaul atau menggabungkan diri dgn: Jangan sekali-kali ~ orang jahat. mencampurkan 1. menambahkan sesuatu pd sesuatu yg lain supaya bercampur: Kalau minum teh, saya suka ~ air limau sedikit. 2. mengumpulkan atau menyatukan (dua tiga jenis dll) supaya bercampur: Kerana kekurangan beras, mereka terpaksa ~ beras dgn jagung ketika bertanak. 3. mengira berapa jumlah besarnya (ttg angka yg ditambahkan kpd angka-angka lain); menjumlahkan: Si Ali sedang sibuk ~ markah yg diperolehnya dlm peperiksaan yg telah diadakan itu. campuran 1. sesuatu yg sudah bercampur. 2. benda-benda yg dicampurkan. percampuran 1. keadaan bercampur. 2. perbuatan atau hal bercampur dgn orang lain; pergaulan. pencampuran perbuatan atau hal mencampurkan. campur aduk; bercampur aduk bercampur benar dgn tidak menentu; (sudah) bergaul atau berkacau benar;bercampur baur. mencampuradukkan menjadikan bercampur aduk. campur baur; bercampur baur 1. bercampur dgn tidak menentu; bercampur aduk. 2. berkumpul dan berbaik-baik (selaku sahabat, suami isteri dsb); bergaul: Saya sudah ~ dgn mereka sejak sepuluh tahun yg lalu. mencampurbaurkan menjadikan bercampur baur; mencampuradukkan. campur bicara, = campur mulut; bercampur bicara, = bercampur mulut 1. turut berbicara; turut berkata-kata. 2. turut memasuki urusan orang lain. campur gaul; bercampur gaul berkumpul dan berbaik-baik (sbg sahabat dsb); bergaul; bermesra (sbg suami isteri).Kamus Pelajar
12

Kembali ke atas