madat I | 1. candu yg belum dimasak; minum ~ menghisap madat; rumah ~ tempat orang membeli dan menghisap madat; 2. segala jenis dadah (spt ganja, morfin, heroin, candu, dsb) yg disalahgunakan oleh penagihnya; bermadat menghisap madat; pemadatan 1. perihal menghisap madat; 2. Jk biasa melakukan sesuatu yg tidak sopan (kurang baik dll);pemadat orang yg biasa (ketagih) menghisapmadat: orang yg ~ itu semuanya kurus kering. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
candu | 1. sj bahan yg disediakan drpd biji bunga popi (boleh digunakan secara terkawal utk menghilangkan rasa sakit atau menyebabkan tidur tetapi berbahaya apabila digunakan secara tidak terkawal sbg dadah utk mengkhayalkan diri dsb); ~ mentah candu yg belum dimasak atau diproses sehingga sedia utk digunakan; 2. = ~ rokok cecair yg pekat hitam yg keluar dr rokok atau lubang paip yg dihisap; 3. = mencandu ketagih (suka, gemar) akan sesuatu: apabila sudah termula, payah hendak meninggalkan ~ rokok ini; sejak orang ~ merantau ini, hidup berfamili cara dahulu menjadi rosak binasa; spt orang pemakan ~, dgn ~ sampai mati prb sesuatu kebiasaan itu payah hendak dihentikan; mencandu 1. spt candu (lekat-lekat); 2. ada candunya: paipnya tak pernah dibersihkan hingga ~; mencandui 1. menjadikan ketagih (gemar, asyik): kalau saya tidak dicandui oleh keinginan utk jadi wartawan, tentulah saya tidak lekas-lekas meninggalkan bangku sekolah; 2. meracuni, memperdayakan, menipu: bukan maksud kami hendak ~ rakyat; kecanduan ketagihan: lagu Mera Bolbol telah menjadi lagu pujaan mereka yg ~ filem-filem Hindustan; pencandu 1. penghisap candu; 2. ki penggemar, peminat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pajak | 1. kuasa utk mengerjakan sesuatu dgn membayar sewa kpd kerajaan dll, pak; ~ candu a) kuasa utk menjual candu; b) tempat menjual candu; 2. Id cukai: ~ bumi (tanah); ~ pendapatan (penghasilan, pencarian) cukai yg dikenakan pd pendapatan orang; 3. kedai atau warung; 4. sj gerai tempat menjual barang-barang (di pasar); ~ ikan (sayur) tempat ikan (sayur) dijual; ~ gadai a) kuasa utk membuka rumah gadai; b) = rumah ~ tempat menggadaikan barang-barang; ~ judi tempat berjudi; ~ kepala ark cukai yg dikenakan pd setiap orang; memajak 1. mengerjakan sesuatu dgn membayar sewa kpd kerajaan dll, mengepak; 2. menggadai: ~ barang-barang emas; 3. menjual di pajak: dia memanaskan susu lembu yg dipajaknya setiap pagi; memajaki membayar pajak utk; memajakkan menyerahkan sesuatu hak kpd orang lain dgn menerima sewa: baginda ~ kuasa memungut cukai di muara Sungai Perak kpd seorang Cina; pajakan kontrak (kuasa atau hak) yg membolehkan orang lain menggunakan atau menduduki tanah, bangunan dsb orang lain dlm tempoh masa dan dgn bayaran tertentu; pemajakan proses memajak: ~ daerah-daerah kpd Baron; pemajak orang yg memajak. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
candu | 1 bahan yg diperoleh dr buah (biji) popi dan sudah dimasak; madat. 2 benda pekat dan berwarna hitam yg keluar dr rokok atau paip yg dihisap. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pencandu | 1. penghisap candu; 2. ki penggemar, peminat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mencandu | 1. spt candu (lekat-lekat); 2. ada candunya: paipnya tak pernah dibersihkan hingga ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
culim | 1. sj paip tembakau atau candu; 2. paip (tembakau atau candu) yg dihisap. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
penghisap | 1. orang yg menghisap sesuatu (spt rokok, candu, dadah, dsb): Sultan Mahmud telah dikatakan oleh penulis-penulis Portugis sbg seorang ~ candu; 2. alat utk menghisap; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
udut | ; mengudut menghisap rokok (candu dll): sambil ~ rokok, Kalisang meneruskan ceritanya; pengudut 1. penghisap rokok, pemadat; 2. = udutan sj paip utk menghisap candu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
candu | 1. bahan yg diperoleh dr buah (biji) popi dan sudah dimasak; madat. 2. benda pekat dan berwarna hitam yg keluar dr rokok atau paip yg dihisap. | Kamus Pelajar |