capai | ; mencapai 1 (hendak) memegang atau mengambil sesuatu dgn menghulurkan tangan: Ali mencuba ~ buah yg di hujung dahan itu. 2 sampai (ke): Umurnya sudah hampir ~ 100 tahun. 3 mendapat (sesuatu maksud dll); menyampaikan atau menjayakan (maksud dll): Dia bekerja sungguh-sungguh utk ~ cita-citanya. 4 mendapat sesuatu dgn usaha: Utk ~ tujuan itu, kita mesti bekerja dgn lebih tekun lagi. tercapai 1 dpt dicapai: Tidak ~ olehnya buah di hujung dahan itu. 2 sudah sampai atau berjaya mendapat (sesuatu maksud dll). capaian ist proses memasuki ruang simpanan utk menyimpan atau memperoleh kembali data dlm komputer. ~ jauh ist teknik capaian ke sistem komputer dr peranti yg jauh drnya. ~ terus ist kaedah yg membolehkan sesuatu data diperoleh terus dr storan, atau utk memasukkan data terus ke storan. pencapaian 1 sesuatu yg dicapai; sesuatu yg telah berjaya dilaksanakan dgn usaha dan ketekunan: ~ murid-murid meningkat pd tahun ini. 2 perbuatan (hal, usaha dsb) mencapai sesuatu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
capai III | payah, lelah; kecapaian keletihan; capek. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
capai II | ; carut-~ berbagai-bagai carut; ®carut. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
capai I | ; mencapai 1. hendak memegang atau mengambil (dgn menghulurkan tangan dll); 2. bertemu dgn, sampai ke: Jerman berusaha menghalang bahan-bahan perbekalan dan alat-alat perang ~ Army ke-5; ia bernasib baik dapat meneruskan pelajarannya sehingga ~ tingkatan lima; 3. mendekati, memikat (hati dll): dgn bahasa Belanda, kami tidak lekas ~ jiwa manusia yg bersahaja itu, tetapi dgn bahasa Melayu lancar sekali; 4. menjayakan (harapan, rancangan, tujuan, dll), menghasilkan, menjadikan kenyataan (sesuatu matlamat dll): ia terpaksa memberanikan hatinya utk ~ cita-cita itu; 5. mendapat (memperoleh, menghasilkan) sesuatu menerusi usaha: bagi ~ pengeluaran yg sebanyak itu, kita harus melipatgandakan bilangan buruh; tercapai (sudah) dicapai, sudah sampai (ke), sudah sampai (maksud), terlaksana; tercapaikan dapat dicapai: mereka tidak akan ~ maksud aku; capaian (Komp) proses memasuki ruang simpanan utk menyimpan atau memperoleh kembali data dlm komputer; pencapaian apa yg telah dicapai (dihasilkan atau diperoleh), prestasi: Pemuda UMNO harus melihat sama ada ~ orang Melayu sudah sampai ke tahap sempurna atau belum; isi, tema, persoalan novel bukanlah penentu mutlak ~ sesebuah novel; sepencapai sedapat (sehingga, sejauh) tangan mencapai, sejengkau. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
capai | mencapai 1. (hendak) memegang atau mengambil sesuatu dgn menghulurkan tangan: <i>Ali mencuba ~ buah yg di hujung dahan itu.i> 2. sampai (ke): <i>Umurnya sudah hampir ~ 100 tahun.i> 3. mendapat (sesuatu maksud dll); menyampaikan atau menjayakan (maksud dll):<i>Dia bekerja sungguh-sungguh utk ~ cita-citanya.i> 4. mendapat sesuatu dgn usaha: <i>Utk ~ tujuan itu, kita mesti bekerja dgn lebih tekun lagi.i> tercapai 1. dpt dicapai: <i>Tidak ~ olehnya saya buah di hujung dahan itu.i> 2. sudah sampai atau berjaya mendapat (sesuatu maksud dll). pencapaian 1. sesuatu yg dicapai; sesuatu yg telah berjaya dilaksanakan dgn usaha dan ketekunan: <i>~ murid-murid meningkat pd tahun ini.i> 2. perbuatan (hal, usaha dsb) mencapai sesuatu. | Kamus Pelajar |
carut-capai | , = ~-marut pelbagai perkataan yg keji lagi kotor. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
caru-capai | berbagai-bagai perkataan yg keji dan kotor; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
carut-capai | berbagai-bagai carut; ®carut. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
memegang rekod | mencapai prestasi yg terbaik; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
memperoleh | mendapat, menerima (mencapai, menemui, dsb) dgn ikhtiar atau usaha: sagu diperoleh drpd pokok rumbia; kanak-kanak ~ kemahiran sedikit demi sedikit; keuntungan yg diperolehnya berlipat ganda; | Kamus Dewan Edisi Keempat |