cakera RAM(RAM disk) | Storan ingatan utama bersaiz cakera liut yang dikhaskan untuk bertindak sebagai cakera liut. Cakera RAM diwujudkan untuk mempercepat masa pemprosesan kerana masa capaian ingatan capaian rawak (RAM) ingatan utama lebih pantas daripada masa capaian cakera liut sebenar. Cakera jenis ini biasanya diwujudkan pada permulaan penggunaan dan kandungannya kemudian disalinkan ke dalam cakera liut sebenar pada akhir penggunaan. | Kamus Komputer |
sifar capaian(access zero) | Capaian ingatan yang tidak berhasil kerana ketiadaan data yang dicari atau kerana ingatan tidak boleh dicapai. | Kamus Komputer |
capaian terus(direct access) | Kaedah pencapaian peranti ingatan untuk mendapatkan kembali atau meletakkan data dengan menggunakan alamat yang tidak bersandarkan kedudukan fizikal alamat tersebut. Dalam kaedah capaian ini masa capaian untuk semua tempat dalam ingatan adalah sama. | Kamus Komputer |
capaian terus | ist kaedah yg membolehkan sesuatu data diperoleh terus dr storan, atau utk memasukkan data terus ke storan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
capaian | ist proses memasuki ruang simpanan utk menyimpan atau memperoleh kembali data dlm komputer. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
capaian | (Komp) proses memasuki ruang simpanan utk menyimpan atau memperoleh kembali data dlm komputer; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
capaian sifar(zero-access) | Kaedah pencapaian ingatan yang dapat dilakukan dalam waktu sifar. | Kamus Komputer |
capaian segera(immediate access) | Kaedah pencapaian peranti simpanan atau pendaftaran dengan segera tanpa sebarang kelengahan atau kesukaran, untuk meletakkan atau mendapatkan data kembali. | Kamus Komputer |
capaian jauh(remote access) | Kaedah pencapaian data antara dua atau lebih sistem yang berjauhan. | Kamus Komputer |
capaian cakera(disk access) | Kaedah yang digunakan untuk menuju ke sesuatu permukaan dan/atau jejak cakera magnet, lalu mencari jejak dan sektor cakera yang mengandungi data yang diperlukan. Data itu kemudian diambil secara berjujukan. | Kamus Komputer |