Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cara;

Puisi
 

Orang merendang si udang galah,
     Cara masakan oranglah Minang;
Orang perempuan selalunya kalah,
     Orang jantan selalunya menang.


Lihat selanjutnya...(15)
Peribahasa

Seperti lintah menghisap darah.

Bermaksud :

Membungakan wang dengan bunga yang terlalu mahal; menipu dengan cara yang lemah lembut. (Peribahasa lain yang sama makna: Seperti pacat melompat).

 

Lihat selanjutnya...(5)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
demonstrasi/démonstrasi/ 1 perbuatan menyatakan pendapat (bantahan) dgn mengadakan perarakan, rapat umum dll; tunjuk perasaan: Mereka mengadakan ~ utk membantah arahan baru itu. 2 pertunjukan dan penerangan ttg cara-cara menggunakan sesuatu (alat dll) atau cara-cara melakukan sesuatu: Satu ~ telah diadakan utk memperkenalkan alat baru itu. berdemonstrasi mengadakan tunjuk perasaan. mendemonstrasikan menunjukkan dan menerangkan cara-cara menggunakan sesuatu (alat dll) atau melakukan sesuatu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
cara-cara1 berbagai-bagai cara; bermacam-macam cara. 2 pelbagai peraturan atau contoh. 3 upacara.Kamus Pelajar Edisi Kedua
tunjuk caramelakukan sesuatu dgn tujuan utk memberitahu cara-cara membuatnya;Kamus Dewan Edisi Keempat
sambutan1 cara-cara meraikan ketibaan tetamu dll: Setibanya di bandar itu, beliau telah menerima ~ yg sangat meriah. 2 perhatian dll yg diberikan terhadap sesuatu hal: Buku karangannya tidak mendapat ~ yg memuaskan drpd masyarakat.Kamus Pelajar Edisi Kedua
runding carakhidmat atau pemberian bimbingan dan nasihat menerusi perbincangan masalah dan cara-cara mengatasinya;Kamus Dewan Edisi Keempat
istiadat1 peraturan atau cara-cara melakukan sesuatu yg sudah menjadi kebiasaan; adat kebiasaan; resam: Budak itu masih tidak tahu akan ~ raja-raja. adat ~ berbagai-bagai adat yg menjadi kebiasaan. 2 majlis rasmi utk menyambut sesuatu peristiwa; upacara: ~ penyampaian hadiah telah diadakan pd sebelah malamnya.Kamus Pelajar Edisi Kedua
mendemonstrasikanmenunjukkan dan menerangkan cara-cara menggunakan sesuatu (alat dll) atau melakukan sesuatu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
tatahukumperaturan-peraturan dan cara-cara mengenai hukum (dlm sesebuah negara).Kamus Dewan Edisi Keempat
perangkaanilmu yg membicarakan cara-cara membuat kesimpulan drpd data, meng­analisis data dan mentafsir data, statistik;Kamus Dewan Edisi Keempat
meneladanmeniru; mencontoh: Kita hendaklah ~ cara-cara mereka membangunkan negara mereka.Kamus Pelajar Edisi Kedua
12345678910...

Kembali ke atas