caran | Mn; bercaran bertengkar, berkelahi mulut. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
televisyen | (télévisyen) 1. penyiaran (pemancaran) gambar hidup (gambar bergerak) berserta bunyi menerusi kabel atau udara pd skrin atau kaca peti televisyen; 2. = peti ~ alat yg menerima pancaran televisyen; ~ berwarna = ~ warna televisyen yg menyiarkan gambar berwarna; ~ litar tertutup a) sistem televisyen yg dipasang utk memancarkan siaran ke beberapa bilik di dlm tempat atau bangunan tertentu; b) sistem televisyen yg isyarat videonya dipancarkan drpd satu kamera atau lebih melalui kabel ke satu set monitor yg terkawal, utk kawalan keselamatan dsb. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pencar | ; berpencar, berpencar-pencar, berpencaran 1. berserak di sana sini, bertaburan; 2. (pergi) bercerai-cerai: ~ berlarian; memencar, memencar-mencar berpisahpisah pergi (mengikut haluan masing-masing); memencarkan menabur-naburkan, menyerak-nyerakkan, menanam benih dll berpencar-pencar: kekuatan pasukannya di Bara Baraya dipencarkan; terpencar tidak terkumpul, terserak-serak: ~ keluar dr pondok-pondok mereka menuju kampung; pemencaran perbuatan memencarkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
selar abu-abu (ubur-ubur) | sj ikan laut, Caran-goides praeustus; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sisa radioaktif | sisa atau bahan buangan yg dpt mengeluarkan pancaran radioaktif. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
laser | alat utk menerbitkan dan memperkuat gelombang-gelombang cahaya menjadi pancaran cahaya yg amat kuat dan tertumpu pd satu hala; cahaya ~ pancaran cahaya sehala yg amat kuat tenaganya dan diterbitkan dgn menggunakan sejenis alat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
selar II | sj ikan laut, Atule mate; ~ abu-abu (ubur-ubur) sj ikan laut, Caran-goides praeustus; ~ batang (keledek, renceh) sj ikan laut, Carangoides djedabba; ~ gelek sj ikan laut, Atule mate; ~ kuning sj ikan laut, pelata kuning, Selaroides leptolepis; ~ kuning jantan sj ikan laut, Selar boops; ~ letup-letup sj ikan laut, Carangoides oblongus; ~ papan sj ikan laut, Alepes vari; ~ pucat a) sj ikan laut, pelata bulat, lolong putih, Selar crumenophthalmus; b) sj ikan laut, Selar megalaspis. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jurutera elektrik | orang yg terlatih dlm mereka, membuat (membina), dan menjaga peralatan elektrik, peralatan pemancaran tenaga elektrik, dan sistem perhubungan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sisa | apa-apa yg tertinggal selepas dimakan, dipakai dll; baki drpd sesuatu; lebihnya. ~ radioaktif sisa atau bahan buangan yg dpt mengeluarkan pancaran radioaktif. bersisa ada sisanya (bakinya, lebihnya); berbaki: Tiap-tiap bulan, gaji suaminya tidak ~ sesen pun. menyisakan menjadikan ada sisanya; membiarkan berlebih atau berbaki sedikit: Siapa yg ~ makananku ini? | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
jurutera | orang yg terlatih dlm mereka, membuat, dan menggunakan (menjaga) jentera atau terlatih dlm mana-mana cabang kejuruteraan; ~ awam orang yg terlatih dlm mereka, membuat (membina) dan menjaga kemudahan awam spt jalan raya, jambatan, empangan, terusan, pelabuhan, bangunan-bangunan besar, dll; ~ elektrik orang yg terlatih dlm mereka, membuat (membina), dan menjaga peralatan elektrik, peralatan pemancaran tenaga elektrik, dan sistem perhubungan; ~ jentera orang yg terlatih dlm mereka, membina, dan menjaga jentera, kereta, mesin, dsb; ~ kapal terbang orang yg terlatih dlm mereka, membina, dan menjaga kapal terbang; ~ kimia orang yg terlatih dlm mereka, membuat (membina), dan menjalankan loji atau jentera yg digunakan dlm proses kimia industri; menjuruterai merancang, mengatur, dan melaksanakan sesuatu (tugas, kerja, dsb) dgn bijaksana: editorlah yg merancang dan ~ penerbitannya; kejuruteraan kepandaian atau perbuatan mereka atau membuat jentera (jambatan dll): ~ awam; ~ elektrik; ~ jentera; ~ kapal terbang; ~ kimia. | Kamus Dewan Edisi Keempat |