pai I | 1. makanan berupa pastri yg berintikan daging atau buah-buahan; ~ kotej (ERT) makanan drpd daging kisar yg dibakar dan diletakkan kentang lecek di atasnya; 2. = carta ~ carta bulat yg terbahagi kpd beberapa bahagian yg masing-masing mewakili peratusan tertentu sesuatu satuan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
carta pai | carta bulat yg terbahagi kpd beberapa bahagian yg masing-masing mewakili peratusan tertentu sesuatu satuan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
carta kawasan(area chart) | Carta janaan komputer yang memaparkan kawasan yang terbentuk daripada tindihan dua carta garis. | Kamus Komputer |
penyambung keluar(out connector) | 1. Palam yang digunakan untuk menyalurkan output liang komputer pada peranti output. 2. Lambang carta alir yang digunakan untuk menyatakan tempat carta alir diputuskan untuk pergi ke tempat sambungan carta alir yang lain. Penyambung ini digunakan kerana kertas lukisan carta alir telah penuh dan tidak dapat menampung semua bahagian, atau carta alir telah dipecahkan kepada beberapa modul. | Kamus Komputer |
simbol penyambung(connector symbol) | Simbol carta alir untuk menyatakan sambungan pada carta yang telah diputuskan atau carta utama. | Kamus Komputer |
templat carta alir(flowchart template) | Kepingan plastik atau logam yang mempunyai acuan lambang carta alir terpotong padanya. Templat ini digunakan sebagai alat bantu untuk membolehkan pengguna melukis carta alir dengan lebih kemas. | Kamus Komputer |
pencarta alir(flowcharter) | 1. Atur cara yang berfungsi menjanakan carta alir secara automatik daripada kod mirip yang diberikan. 2. Orang yang bertanggungjawab menghasilkan carta alir. Biasanya nama pencarta alir disertakan dalam carta alir untuk membolehkan pihak bermasalah membuat rujukan. | Kamus Komputer |
carta | paparan yg mengandungi keterangan (ttg harga, suhu, senarai sesuatu dll) dlm bentuk graf, gambar rajah dsb. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
carta palang | sj gambar rajah atau perwakilan grafik yg menggunakan jalur yg sama lebar secara menegak atau mendatar utk mewakili maklumat atau data; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
carta pai | sj gambar rajah atau perwakilan grafik utk memaparkan pembahagian atau pecahan data, maklumat, dll dlm bentuk bulatan yg dibahagibahagikan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |