carum | , = caruman bayaran yg tetap kpd sesuatu kumpulan wang atau syarikat; yuran. mencarum membuat bayaran tetap kpd sesuatu kumpulan wang atau syarikat. mencarumkan memasukkan wang ke dlm sesuatu kumpulan wang atau syarikat: Dia ~ RM50.00 sebulan ke dlm kumpulan wang tsb. pencaruman perbuatan atau hal mencarum. pencarum orang yg mencarum. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
carum | ; bercarum ada carumannya: biaya tua ~; mencarum membuat bayaran atau sumbangan (kpd kumpulan wang bersama spt Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dll): dia tidak lagi ~ dlm KWSP; mencarumkan memasukkan (modal, wang) ke dlm sesebuah syarikat: dia ~ RM200 sebulan ke dlm syarikat insurans; caruman 1. bayaran dr semasa ke semasa (kpd kumpulan wang bersama dll), yuran; 2. sumbangan bulanan menerusi potongan gaji kpd Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (utk membiayai keperluan selepas bersara); ~ tetap caruman yg dibuat pd waktu-waktu tertentu (mis pd hujung setiap bulan) dan secara berterusan; pencaruman perihal (perbuatan) mencarum; pencarum orang yg mencarum. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
carum | = caruman bayaran yg tetap kpd sesuatu kumpulan wang, yuran. mencarum membuat bayaran tetap kpd sesuatu kumpulan wang. pencaruman perbuatan atau hal mencarum. pencarum orang yg mencarum. | Kamus Pelajar |
jintan | 1 nama sj pokok, Carum carui. 2 biji-bijian yg dihasilkan oleh pokok jintan utk dibuat rempah: ~ hitam; ~ putih; ~ manis. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
jintan | 1. sj tumbuhan (pokok), Carum carvi; 2. sj biji-bijian yg dibuat rempah (ubat dll); jenis-jenisnya: ~ hitam, ~ manis, ~ putih. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mungsi | sj tumbuhan (herba yg boleh dibuat ubat), Carum copticum. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jintan | 1. nama sj pokok, Carum carui. 2. biji-bijian yg dihasilkan oleh pokok jintan utk dibuat rempah: ~ hitam; ~ putih; ~ manis. | Kamus Pelajar |