corak cas(charge pattern) | Corak cas elektrik dalam peranti terganding cas atau CCD. | Kamus Komputer |
pengutuban | ist proses yg menyebabkan cas positif dan cas negatif dlm sesuatu jasad tersesar apabila jasad itu berada dlm medan elektrik. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pengutuban | 1. (Fiz) proses yg menyebabkan cas positif dan cas negatif dlm sesuatu jasad tersesar apabila jasad itu berada dlm medan elektrik; 2. (Kim) perubahan kimia yg berlaku dlm sel kering semasa sel itu digunakan, sehingga menyebabkan rintangan dalamannya bertambah dan memendekkan hayat kegunaan sel kering. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
medan elektrik | ist kawasan yg mengandungi cas elektrik yg disebabkan pengaruh sesuatu jasad yg mempunyai cas elektrik. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
RAM dinamik(dynamic RAM) | Ingatan capaian rawak yang menggunakan cas pada pemuat MOS untuk menyimpan bit data yang meruap. Pemuat ini perlu disegarkan semula berulang kali untuk memastikan cas pada pemuat tidak luput. | Kamus Komputer |
cas II | ; mengecas menahan kaki orang berjalan (berlari) dgn kaki sendiri supaya orang itu jatuh. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
cas I | tenaga elektrik. bercas sudah diisi tenaga elektrik (bkn bateri): bateri-bateri yg ~. mengecas mengisikan tenaga elektrik ke dlm bateri. pengecas alat yg digunakan utk mengecas (bateri). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
cas V | Kd permainan sembunyi-sembunyi (di kalangan kanak-kanak). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cas IV | Kd, Pn galak dan gelitak (bkn peremĀpuan). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cas III | jumlah tenaga elektrik yg tersimpan di dlm sesuatu, mis kapasitor dsb: ~ elektrik; bercas telah dicas: bateri-bateri yg ~; mengecas mengalirkan arus elektrik ke dlm bateri yg lemah utk disimpan supaya bateri lebih kuat dan tahan lebih lama: ~ bateri; pengecasan proses atau perbuatan mengecas: kemajuan teknologi kini membolehkan ~ bateri dibuat sekali lagi atau dua kali sahaja sebulan; pengecas alat yg digunakan utk mengecas: dia mengecas baterinya dgn menggunakan ~ elektrik. | Kamus Dewan Edisi Keempat |