catan minyak | seni lukis (gambar atau lukisan) yg menggunakan cat minyak; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
catan | lukisan (dgn cat): studionya dipenuhi dgn ~ terbarunya; ~ minyak seni lukis (gambar atau lukisan) yg menggunakan cat minyak; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
miniatur | 1. lukisan (catan) yg sangat kecil, terutamanya lukisan seseorang; 2. salinan atau model sesuatu objek dlm bentuk yg dikecilkan; 3. (bkn sesuatu yg ditiru) sangat kecil, kenit. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
akuarel | (akuarél) sj lukisan (catan) yg dihasilkan dgn cat air yg nipis dan lut sinar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
arabes | (arabés) 1. corak hiasan pd catan, ukiran kayu dsb yg bermotifkan tumbuh-tumbuhan, haiwan atau manusia yg disusun dgn garisan bersegi, bergeometri atau berlengkok-lengkok, awan larat; 2. kedudukan penari balet yg berdiri di atas sebelah kaki sementara kaki yg sebelah lagi terangkat lurus mengufuk ke belakang dan kedua-dua belah tangannya lurus menganjur ke depan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
oleograf | (oléograf) gambar cetak yg dihasilkan menyerupai catan (lukisan) minyak. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
replika | (réplika) 1. model sesuatu objek, spt bangunan, jentera, catan, dll, yg hampir atau betul-betul menyerupai objek yg asli: ~ sebuah meriam zaman kesultanan Melaka akan dipamerkan di Muzium Melaka; 2. seseorang atau sesuatu yg sifat-sifatnya hampir-hampir menyamai sifat-sifat seseorang atau sesuatu yg lain: malangnya media di dunia Islam adalah semata-mata ~ media Barat; mereplikakan membuat atau meniru sesuatu objek (spt bangunan dsb) dlm bentuk replika: kerja ~ Menara Berkembar Kuala Lumpur juga memerlukan kreativiti pembuatnya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
grotes | (grotés) lukisan (ukiran dsb) dgn gaya atau bentuknya yg sangat ganjil: catan ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
landskap | 1. pemandangan alam sesuatu kawasan yg mengandungi unsur-unsur spt bukit bukau, sungai, dan tumbuh-tumbuhan, terutamanya pemandangan pedesaan; 2. catan, lukisan, dsb yg menggambarkan pemandangan alam; 3. seni taman yg memaparkan ciri-ciri pemandangan alam. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ekspresif | (éksprésif) bkn sesuatu (perbuatan, tulisan, lukisan, dll) yg dapat melahirkan sesuatu maksud (perasaan, tujuan) dgn jelas: sama ada melalui cetakan atau catan, Ghafar lebih memperlihatkan kesan ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |