cawang | ; cawangan 1 bahagian drpd sesuatu yg lebih besar (spt pertubuhan dll); cabang: Pertubuhan itu mempunyai ~-~nya di luar bandar. 2 sungai kecil yg mengalir ke sungai besar; anak sungai. pencawang cabang atau cawangan yg mengagihkan kuasa elektrik. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
cawang | cawangan 1. bahagian drpd sesuatu yg lebih besar (spt pertubuhan dll); cabang: Pertubuhan itu mempunyai ~-~nya di luar bandar. 2. sungai kecil yg mengalir ke sungai besar; anak sungai. pencawang cabang atau cawangan yg mengagihkan kuasa elektrik | Kamus Pelajar |
cawang | bahagian drpd sesuatu yg lebih besar, cabang; ~ tenggorok cabang batang tenggorok; cawangan 1. bahagian (drpd pertubuhan, persatuan, syarikat, dsb): persatuan ini tidak dibenarkan menubuhkan ~-~nya di negeri lain; 2. cawang; pencawang stesen tempat arus (voltan) elektrik yg diterima dr stesen penjana diubah bentuk utk disalurkan kpd pengguna. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
beregis-regis | bercabang-cabang, bercawang-cawang (tanpa daunnya lagi). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
beregis | , beregis-regis bercabang-cabang, bercawang-cawang (tanpa daunnya lagi). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
penjanaan | perbuatan (tindakan dsb) menjanakan atau menghasilkan sesuatu: cawangan perusahaan ini meliputi segala kegiatan yg berkaitan dgn ~, pengasingan, atau pembersihan berbagai-bagai bahan kuasa; putaran sistem ini telah menyebabkan ~ dan pemusnahan alam kejasmanian; ~ semula (Bio) pembentukan semula tisu atau organ yg tercedera (rosak) pd tumbuhan atau haiwan, mis pembentukan semula ekor cicak yg telah putus; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
regis II | Kd lidi; ~ nyiur; beregis, beregis-regis bercabang-cabang, bercawang-cawang (tanpa daunnya lagi). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cawangan | 1. bahagian (drpd pertubuhan, persatuan, syarikat, dsb): persatuan ini tidak dibenarkan menubuhkan ~-~nya di negeri lain; 2. cawang; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jana | 1. hidup; 2. nyawa; ~-bijana tempat lahir; menjanakan menghasilkan, mengadakan, melahirkan, mengeluarkan: ~ kuasa elektrik; peranan yg dimainkan oleh sektor pertanian dlm ~ pendapatan dan guna tenaga; terjana terbina, terjadi, telah diadakan, terhasil; penjanaan perbuatan (tindakan dsb) menjanakan atau menghasilkan sesuatu: cawangan perusahaan ini meliputi segala kegiatan yg berkaitan dgn ~, pengasingan, atau pembersihan berbagai-bagai bahan kuasa; putaran sistem ini telah menyebabkan ~ dan pemusnahan alam kejasmanian; ~ semula (Bio) pembentukan semula tisu atau organ yg tercedera (rosak) pd tumbuhan atau haiwan, mis pembentukan semula ekor cicak yg telah putus; penjana sesuatu (alat dll) yg atau utk menjanakan (kuasa dll): alat ini mempunyai sebuah ~ haba serta saluran cecair ammonia. | Kamus Dewan Edisi Keempat |