cekam III | sj penyakit pd kuku (kaki). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cekam II | tugal (utk membuat lubang sewaktu menanam padi huma); mencekam 1. menugal; 2. membuat bonggol-bonggol pd tilam dgn jahitan (supaya tidak melepek). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cekam I | ; mencekam mencengkam; ®cengkam. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tilam cekam (bercengkam) | tilam yg dijahit pd beberapa tempat supaya padat (mampat); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cukam | ®cekam II. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
naga I | 1. sl makhluk rekaan berupa spt buaya atau ular tetapi bersayap dan berkuku cekam, boleh menghembuskan api dr mulutnya; 2. Jw ular besar penunggu mata angin; ~ antaboga a) sj binatang laut yg besar; b) ikan paus; ~ balun naga yg tinggal di gunung-gunung (dan membunuh mangsa dgn ekornya); ~ berapi naga yg menyemburkan api; ~ bura naga yg menyemburkan bisa; ~ gentala naga yg menyedut mangsanya (tidak dapat bergerak-gerak); ~ hari naga penunggu mata angin yg tiap-tiap hari berpindah; ~ jadi-jadian orang atau hantu yg menjelma menjadi naga; ~ seknik lukisan naga yg diberi berkepak (pd kain batik); ~ tahun naga penunggu mata angin yg berpindah tiap-tiap tahun; ~ umban sj naga besar yg diam di laut; naga-naga 1. naga tiruan (spt yg diperbuat drpd kertas dll); 2. ukiran kepala naga (biasanya dipasang di haluan perahu); 3. tempat yg tinggi (di balai penghadapan). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kehausan | perihal atau keadaan haus: ~ gandar penggerak utama boleh menyebabkan gangguan kelancaran bergerak mekanisme pelepas cekam; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tilam | lapik tidur yg dibuat drpd kain yg diisi dgn kabu-kabu dll, kasur; ~ berspring tilam yg di dalamnya terdapat lingkaran spring; ~ catur = ~ cekam (bercengkam) tilam yg dijahit pd beberapa tempat supaya padat (mampat); kain ~ kain cadar, kain penutup tilam; jatuh di atas ~ prb beruntung kerana berkahwin dgn perempuan cantik serta kaya dll; bertilam berlapik (memakai) tilam, berkasur: walaupun ia berbaring itu di atas katil ~ catur, namun matanya tidak juga dapat dilelapkan; ~ air mata sl menangis ketika tidur (orang dlm percintaan); ~ pasir prb tidak mempunyai tempat tinggal (tidur di merata tempat); bertilamkan mempunyai (menggunakan dsb) sesuatu sbg tilam: ~ susunan surat khabar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
haus II | berkurangan besarnya atau tebalnya kerana tergosok (banyak dipakai dll): batu itu telah ~ dimakan air; menghauskan menjadikan haus: air yg mengalir dapat ~ batu; kehausan perihal atau keadaan haus: ~ gandar penggerak utama boleh menyebabkan gangguan kelancaran bergerak mekanisme pelepas cekam; penghausan proses menghauskan: lama-kelamaan, pelapik itu menjadi nipis kerana ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |