Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ce.li/] | چليق

Definisi : 1. (bkn mata) terbuka: semalaman itu matanya ~ sahaja, sedikitpun tidak mahu lelap; 2. = ~ mata sedar (insaf) atau timbul kesedaran (keinsafan): baru ~ mata orang Melaka; 3. boleh melihat, tidak buta; 4. ki (bkn matahari) terbit atau keluar: dr ~ matahari hinggalah ke malam; 5. kenal akan yg benar (betul): akal yg ~; hati yg ~; ~ budaya dapat memahami dan menghayati hakikat budaya: peningkatan pengetahuan menimbulkan kesedaran ke arah ~ budaya di kalangan masyarakat Amerika; ~ komputer pandai atau tahu menggunakan kom­puter; mencelikkan 1. = ~ mata membuka mata; 2. ki menyedarkan, menginsafkan: sudah tiba masanya orang-orang kampung itu dicelikkan; tercelik sl dapat dilihat, kelihatan, tampak: sekali digosoknya, tiga empat panau ~; kecelikan perihal atau keadaaan dapat menyedari, mengetahui atau memahami sesuatu perkara, suasana dsb: rancangan ini mampu mempertingkatkan tahap ~ seni di kalangan masyarakat umum. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ce.li/] | چليق

Definisi : sj ikan laut, Megalaspis cordyla; ~ mata sj ikan laut, Pomadasys maculatus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ce.li/] | چليق

Definisi : 1 terbuka (ttg mata): Ia tidak dpt tidur, matanya ~ sepanjang malam. 2 dpt melihat; tidak buta. 3 terbit atau keluar (ttg matahari). 4 ki sedar: Sejak peristiwa itu, barulah ia ~ ttg nasib bangsanya. ~ budaya dpt memahami dan menghayati budaya (sesuatu bangsa dsb). ~ huruf dpt membaca dan menulis. mencelikkan 1 membuka (mata); menjadikan celik. 2 ki menyedarkan: Kejayaan beliau itu telah ~ orang-orang kampungnya ttg betapa pentingnya anak-anak diberi pelajaran tinggi. kecelikan keadaan menyedari, menge­tahui atau memahami sesuatu perkara, suasana dsb: Rancangan ini dpt meningkat­­kan ~ seni di kalangan masya­rakat umum. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata celik

Peribahasa

Bungkuk (bongkok) baru betul.

Bermaksud :

Angkuh dan sombong kerana beroleh kekayaan atau pangkat. (Peribahasa lain yang sama makna: Buta baru celik [= melihat]).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
kejam celikseketika terbuka seke­tika tertutup (bkn mata), seketika terang seketika padam (kn lampu): matanya ~ celik; lampu neon yg ~ celik menerangi jalan itu;Kamus Dewan Edisi Keempat
kejam Itertutup (mata) hingga tidak dapat melihat, pejam; ~ celik seketika terbuka seke­tika tertutup (bkn mata), seketika terang seketika padam (kn lampu): matanya ~ celik; lampu neon yg ~ celik menerangi jalan itu; mengejamkan memejamkan (mata): beberapa ketika sesudah ia ~ matanya, ia pun tertidurlah.Kamus Dewan Edisi Keempat
terkebil-kebilsekejap celik sekejap pejam; pejam celik; terkelip-kelip: ~ matanya menahan kantuk.Kamus Pelajar Edisi Kedua
kebil; terkebil-kebil sekejap celik sekejap pejam; pejam celik; terkelip-kelip: ~ matanya menahan kantuk.Kamus Pelajar Edisi Kedua
pejamtertutup (mata), kejam: matanya hampir ~; ~ celik seketika pejam seketika celik; memejamkan menutup (mata), mengejam­kan: ia ~ matanya; terpejam tertutup (mata): anak anjing itu belum boleh melihat kerana matanya masih ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
kebilterkebil-kebil sekejap celik sekejap pejam; pejam celik; terkelip-kelip: ~ matanya menahan kantuk.Kamus Pelajar
celik alam sekitar(berkenaan dengan seseorang) mempunyai pengetahuan dan kesedaran tentang penjagaan dan perlindungan alam sekitarKamus DBP versi dalam Talian
celik komputerpandai atau tahu meng­gunakan komputer. kecelikan komputer keadaan atau sifat tahu (pandai) menggunakan komputer.Kamus Pelajar Edisi Kedua
celik hurufdpt membaca dan menulis.Kamus Pelajar Edisi Kedua
celik budayadpt memahami dan menghayati budaya (sesuatu bangsa dsb).Kamus Pelajar Edisi Kedua
12345678910

Kembali ke atas