celik huruf | boleh (dapat) membaca dan menulis, tidak buta huruf; kecelikan huruf keadaan atau sifat celik huruf: Malaysia berusaha supaya tidak ketinggalan dr segi ~ penduduknya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
melek | (melék) 1. bp tidak tidur, jaga; 2. bp terbuka matanya, dapat melihat, celik; ~ huruf bp tahu membaca dan menulis, celik huruf; belum ~ bp belum tahu, belum mengerti, belum insaf. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
celik huruf | dpt membaca dan menulis. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
celik huruf | tahu membaca dan menulis; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
literasi | kebolehan menulis dan membaca, celik huruf; ~ komputer tahu menggunakan dan mengendalikan komputer. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kecelikan huruf | keadaan atau sifat celik huruf: Malaysia berusaha supaya tidak ketinggalan dr segi ~ penduduknya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
melek huruf | bp tahu membaca dan menulis, celik huruf; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
huruf | lambang dlm sistem bunyi (bahasa) yg daripadanya sesuatu perkataan dlm tulisan dibentuk, lambang-lambang abjad, aksara; buta ~ tidak tahu membaca dan menulis; mata ~ huruf satu demi satu; tahu mata ~ = celik ~ tahu membaca dan menulis; menurut ~ (bkn terjemahan) kata demi kata, harfiah; ~ awal (pangkal) huruf yg pertama pd sesuatu perkataan; ~ balok Id huruf tegak yg tidak bersambung (spt huruf cetak); ~ benar konsonan; ~ besar huruf besar digunakan utk menulis pd permulaan perkataan (pd permulaan ayat, nama orang atau tempat, dll); ~ cap huruf tegak yg tidak bersambung; ~ cetak huruf yg biasa dipakai dlm buku, risalah, dsb yg dicetak; ~ hidup = ~ bunyi = ~ harakah = ~ saksi vokal; ~ Jawi huruf Arab utk menulis kata-kata Melayu; ~ kawi = ~ winggi tulisan Jawa Kuno; ~ kecil huruf yg biasa dipakai (lwn huruf besar); ~ lepas huruf yg tidak disambungkan (dirangkai-rangkaikan); ~ mad Ar huruf-huruf (alif, wau, dan ya) sbg tanda bacaan yg panjang; ~ mati huruf benar; ~ miring huruf cetak yg ditulis miring; ~ ringkas kependekan (spt KL utk Kuala Lumpur); ~ Rumi (Rumawi) huruf spt yg digunakan dlm tulisan Rumi bahasa Melayu (yakni A, B, C, D, dan seterusnya); ~ sambung huruf yg dirangkai-rangkaikan; ~ tebal huruf cetak yg tebal dakwatnya; ~ tulis huruf yg biasa dipakai dlm tulis-menulis; berhuruf memakai huruf, yg ditulis dgn huruf: buku yg ~ Rumi; penghurufan proses, perbuatan, seni, atau cara menulis huruf pd sesuatu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tahu mata huruf | = celik ~ tahu membaca dan menulis; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
celik | 1 terbuka (ttg mata): Ia tidak dpt tidur, matanya ~ sepanjang malam. 2 dpt melihat; tidak buta. 3 terbit atau keluar (ttg matahari). 4 ki sedar: Sejak peristiwa itu, barulah ia ~ ttg nasib bangsanya. ~ budaya dpt memahami dan menghayati budaya (sesuatu bangsa dsb). ~ huruf dpt membaca dan menulis. mencelikkan 1 membuka (mata); menjadikan celik. 2 ki menyedarkan: Kejayaan beliau itu telah ~ orang-orang kampungnya ttg betapa pentingnya anak-anak diberi pelajaran tinggi. kecelikan keadaan menyedari, mengetahui atau memahami sesuatu perkara, suasana dsb: Rancangan ini dpt meningkatkan ~ seni di kalangan masyarakat umum. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |