celoteh (celotéh) | percakapan yg tidak tentu pokok pangkalnya (tidak keruan), ocehan; berceloteh bercakap-cakap (dgn tidak tentu pokok pangkalnya atau tidak keruan), berbual-bual, mengoceh: ia tidak bekerja tetapi ~ saja. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
celoteh | /celotéh/ percakapan yg tidak tentu hujung pangkalnya; perbualan kosong. berceloteh bercakap-cakap (dgn tidak tentu hujung pangkalnya); berbual-bual kosong. | Kamus Pelajar |
kecek | /kécék/ percakapan yg tidak keruan; celoteh: ~ anak-anak celoteh anak-anak; banyak ~ suka berceloteh; banyak mulut. mengecek 1 bercakap-cakap; berbual-bual: Orang dewasa pun ada yg suka ~ spt anak-anak. 2 menuturkan kata-kata yg manis utk memujuk (memperdaya dll): Setiap hari, ibunya ~ dia supaya berkahwin. pengecek 1 orang yg suka bercakap-cakap (menceritakan hal orang dsb). 2 orang yg pandai memujuk atau pandai memperdaya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kecek | /kécék/ percakapan yg tidak keruan; celoteh:~ anak-anak celoteh anak-anak; banyak ~ suka berceloteh; banyak mulut . mengecek 1. bercakap-cakap; berbual-bual: Orang dewasa pun ada yg suka ~ spt anak-anak. 2. menuturkan kata-kata yg manis utk memujuk (memperdaya dll):Setiap hari, ibunya ~ dia supaya berkahwin. pengecek 1. orang yg suka bercakap-cakap (menceritakan hal orang dsb.). 2. orang yg pandai memujuk atau pandai memperdaya. | Kamus Pelajar |
celoteh | /colotéh/ percakapan yg tidak tentu hujung pangkalnya; perbualan kosong. berceloteh bercakap-cakap (dgn tidak tentu hujung pangkalnya); berbual-bual kosong. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kecek I | (kécék) 1. Mn, Kl cakap, celoteh, borak: seorang yg cetek ilmu pengetahuannya lebih omong atau ~nya; ~ anak-anak celoteh anak-anak (budak-budak); banyak ~ banyak cakap, banyak mulut, (cerewet); beralih ~ beralih percakapan (kpd hal yg lain); habis ~ habis cakap (sudah selesai); 2. Kl, Tr tipu, kecoh; ~ anak Melaka prb gayanya spt orang yg berada padahal serba kekurangan (cakap tinggi tetapi tidak berisi); ~ bagai bunyi merendang kacang prb percakapan yg tidak keruan; ~ bagai ketiak ular prb percakapan yg tidak berkeputusan (berpanjang-panjangan); ~ berlauk-lauk, makan dgn sambal lada prb, Mn selalu menyombongkan kepandaiannya (kekayaannya dll) padahal bodoh (miskin dll); berkecek-kecek bercakap-cakap, berceloteh, berbual-bual, berborak; mengecek 1. bercakap-cakap, berbual-bual, berborak-borak; 2. memujuk utk meminta (menyuruh berbuat) sesuatu: ibu bapanya hari-hari mendongeng, ~ dan memujuk dia supaya berkahwin; 3. menipu atau memperdaya (dgn kata-kata); sudah dikecek dikecong pula prb dua kali tertipu (terpedaya); mengecekkan 1. mempercakapkan, memperkatakan (hal orang lain); 2. memegahkan (kepandaiannya, kekayaannya dll); pengecek 1. orang yg suka mempercakapkan hal orang lain; 2. (orang yg) pandai memujuk atau meminta-minta sesuatu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kecek anak-anak | celoteh anak-anak; | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kecek anak-anak | celoteh anak-anak (budak-budak); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ocehan | 1. kicauan: sukarlah baginya utk memahami ~ burung itu; 2. kata-kata tidak keruan (bukan-bukan), celoteh, ricauan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
oceh | (océh) Jk; mengoceh 1. berbunyi (burung), berkicau; 2. bercakap yg tidak keruan (bukan-bukan), berceloteh, mengobrol, merapik, mericau: ia terkekeh-kekeh lalu berkata tidak keruan dan ~ ke sana-sini; mengocehkan mengatakan sesuatu dgn tidak tentu pokok pangkalnya: Tarman yg tidak berpuas hati terus ~ hal itu lagi; ocehan1. kicauan: sukarlah baginya utk memahami ~ burung itu; 2. kata-kata tidak keruan (bukan-bukan), celoteh, ricauan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |