sambuk I | cambuk, cemeti; menyambuk menyebat dgn cemeti. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lecut | bunyi pukulan cemeti (rotan, cambuk, dll); ~ cambuk pukulan cambuk; melecut 1. terpancut keluar dgn pantas (spt biji buah yg dipicit dll), terlepas keluar, melecit: baji ~ keluar; 2. memukul dgn cemeti (rotan, cambuk, dll), menyebat: anaknya dilecutnya dua kali; 3. berbunyi spt bunyi pukulan cemeti (rotan, cambuk, dll); 4. ki menggiatkan; melecutkan 1. menjadikan terpancut keluar (melecit dll); 2. memukulkan, mencambukkan, menyebatkan; lecutan pukulan, sebatan: ia menanti ~ rotan dgn ketakutan yg amat sangat; pelecut alat utk melecut, cambuk, cemeti. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cemeti malaikat | petir. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
cemeti dewa (malaikat) | petir; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cemeti | cambuk, pecut, penyebat (kuda dll); ~ dewa (malaikat) petir; mencemeti menyebat dgn cemeti, mencambuk, memecut: maka oleh Patan itu dicemetinya kuda itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cemeti | tali yg diberi bertangkai utk menyebat sesuatu; cambuk; pecut. ~ malaikat petir. mencemeti menyebat dgn cemeti; mencambuk. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
cemeti | tali yg diberi bertangkai utk menyebat sesuatu; cambuk; pecut. ~ malaikat petir. mencemeti menyebat dgn cemeti; mencambuk. | Kamus Pelajar |
dera | 1. pukulan (dgn rotan, cemeti, dsb) sbg hukuman; 2. = mendera; 3. ki seksa (hati, fikiran, dll); 4. denda, hukuman: dia kena ~ lima puluh ringgit kerana mencuri; mendera 1. memukul (dgn rotan, cemeti, dsb) sbg hukuman: orang-orang salah itu telah didera; 2. ki menyeksa atau menyakiti (hati, fikiran, dll); ~ diri menyeksa diri (sendiri); 3. mendenda, menghukum: pencuri itu telah didera di tengah panas; deraan hukuman, pukulan, seksaan, dera: pukul sepuluh tepat barulah budak-budak itu lepas drpd ~; penderaan perbuatan mendera: kebanyakan kes ~ dikendalikan oleh jabatan tersebut; pendera orang yg mendera: ~ kanak-kanak yg tidak berdosa. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lecut | ; melecut 1 memancut keluar dgn cepat (spt biji buah yg dipicit). 2 menyebat atau memukul dgn cemeti (rotan dll). melecutkan 1 menjadikan terpancut keluar. 2 menyebatkan sesuatu pd; memukulkan. lecutan pukulan, sebatan. pelecut alat utk melecut; cemeti. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
melecut | 1. terpancut keluar dgn pantas (spt biji buah yg dipicit dll), terlepas keluar, melecit: baji ~ keluar; 2. memukul dgn cemeti (rotan, cambuk, dll), menyebat: anaknya dilecutnya dua kali; 3. berbunyi spt bunyi pukulan cemeti (rotan, cambuk, dll); 4. ki menggiatkan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |