cengkaman | 1 genggaman dgn kuku atau cakar: Ia meronta-ronta hendak melepaskan diri drpd ~ beruang itu. 2 kekuasaan; penindasan: Dlm ~ diktator itu, mereka tidak dpt menyuarakan pendapat secara bebas. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
cengkaman | 1. pegangan (genggaman) dgn kuku atau cakar, cengkeraman: ia tidak dapat melepaskan dirinya drpd ~ beruang itu; Mawi menguatkan ~ tangannya pd rambut Zaini; 2. kekuasaan yg menindas, (memeras, menekan, menyebabkan penderitaan, dsb): seluruh rakyat telah menderita sewaktu dlm ~ Jepun; hasil program kawalan penyakit 1978, kanak-kanak bebas drpd ~ cirit-birit; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cengkam | , = cengkaman 1 genggaman dgn kuku atau cakar: Ia meronta-ronta hendak melepaskan diri drpd ~ beruang itu. 2 kekuasaan; penindasan: Dlm ~ diktator itu, mereka tidak dpt menyuarakan pendapat secara bebas. mencengkam 1 memegang erat-erat dgn kuku atau dgn cakar: Helang ~ anak ayam. 2 menyepit atau mengapit sesuatu erat-erat: Kerana terlalu marah, orang itu telah ~ leher pemuda yg kurang ajar itu. 3 ki berkuasa atas sesuatu; menguasai; menindas: Orang-orang tengah telah ~ kaum petani di luar bandar sejak dahulu lagi. mencengkamkan mengenakan kuku (tangan, kaki) utk mencengkam: Helang itu telah ~ kukunya pd mangsanya lalu membawanya terbang. pencengkam alat yg digunakan utk mencengkam sesuatu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
cengkeraman | cengkaman. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gigitan | 1 cengkaman dgn gigi; hasil perbuatan menggigit: Penyakit itu akibat drpd ~ anjing gila. 2 bekas atau kesan kena gigit: Kamu tidak dpt tidur dgn selesa jika kamu menggaru-garu ~ nyamuk sepanjang malam. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
gigitan | 1. cengkaman dgn gigi utk menggigit; 2. bekas digigit. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cengkam | = cengkaman 1. genggaman dgn kuku atau cakar: Ia meronta-ronta hendak melepaskan diri drpd ~ beruang itu. 2. kekuasaan; penindasan: Dlm ~ diktator itu, mereka tidak dpt menyuarakan pendapat secara bebas. mencengkam 1. memegang erat-erat dgn kuku atau dgn cakar:Helang ~ anak ayam. 2. menyepit atau mengapit sesuatu erat-erat: Kerana terlalu marah, orang itu telah ~ leher pemuda yg kurang ajar itu. 3. ki berkuasa atas sesuatu; menguasai; menindas: Orang-orang tengah telah ~ kaum petani di luar bandar sejak dahulu lagi. mencengkamkan mengenakan kuku (tangan) utk mencengkam: Helang itu telah ~ kukunya pd mangsanya lalu membawanya terbang. pencengkam alat yg digunakan utk mencengkam sesuatu. | Kamus Pelajar |
genggam | kepalan tangan, cengkaman tangan utk memegang; ~-~ bara memegang-megang sahaja; segenggam banyak yg dapat dipegang dlm kepalan tangan: ~ tanah (beras); ~ digunungkan, setitik dilautkan prb sangat dihargai; menggenggam 1. memegang dlm genggam (kepalan tangan): ~ pisau; 2. ki menguasai, memerintah: banyak negeri di bawah angin ini yg digenggamnya; ~ rahsia menyimpan rahsia; ~ erat, membuhul mati = memegang erat, ~ teguh prb memegang suatu keputusan dgn tidak berubah lagi; digenggam tiada tiris prb paling hemat dgn wang dll; genggam-genggam bara, terasa hangat dilepaskan = jangan digenggam bagai bara, terasa hangat dilepaskan prb memakai barang sesuatu, janganlah ketika senang saja (sia-sia membuat pekerjaan separuh jalan); menggenggamkan; ~ tangan mengepalkan tangan; tergenggam tercengkam, terkepal; barang ~ jatuh terlepas prb apa yg sudah diperoleh lenyap pula (menyatakan kemalangan); genggaman 1. kepalan tangan; 2. benda yg digenggam dlm tangan; 3. = dlm ~ di bawah perintah (kekuasaan). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gigitan | 1. cengkaman dgn gigi; hasil perbuatan menggigit: Penyakit itu akibat drpd ~ anjing gila. 2. bekas atau kesan kena gigit: Kamu tidak dpt tidur dgn selesa jika kamu menggaru-garu ~ nyamuk sepanjang malam. | Kamus Pelajar |
kongkongan | ki perihal terkongkong, ikatan, sekatan, cengkaman: dlm negara yg mengamalkan demokrasi, mahkamah keadilan bebas drpd ~ pemerintah; puas ia mencari jalan melepaskan dirinya drpd ~ lelaki yg tidak disukainya itu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |