cengkerama | 1 perjalanan utk bersuka-suka atau bersiar-siar. 2 percakapan atau senda gurau utk bersenang-senang atau bersiar-siar. bercengkerama 1 pergi berjalan-jalan atau bersiar-siar; bertemasya. 2 bercakap-cakap atau bersenda gurau utk bersuka ria. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
cengkerama | 1. sl perjalanan utk bersuka-suka (bersiar-siar dll); 2. percakapan (perbualan, senda gurau, dll) utk bersuka-suka atau bersenang-senang; bercengkerama 1. sl pergi (berjalan-jalan) utk bersuka-suka (bersenang-senang, bertemasya, dll); 2. bercakap-cakap (berbual-bual, bersenda gurau, dll) utk berseronok: gadis itu sudah dibiarkan oleh orang tuanya berhandai-handai, bersenda gurau, dan ~ dgn agak bebas. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cengkerama | 1. perjalanan utk bersuka-suka atau bersiar-siar. 2. percakapan atau senda gurau utk bersenang-senang atau bersiar-siar. bercengkerama 1. pergi berjalan-jalan atau bersiar-siar; bertemasya. 2. bercakap-cakap atau bersenda gurau utk bersuka ria. | Kamus Pelajar |
berhandai-handai | berkawan-kawan, bergaul: Ali dan adiknya yg perempuan sudah dibiarkannya ~, bersenda-senda, dan bercengkerama; kalau sudah penat, barulah mereka duduk di pelantar sambil ~ dgn riang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
handai | kawan, rakan, sahabat, teman: ~ taulan = sahabat ~ teman-teman, kawan-kawan, rakan-rakan; berhandai-handai berkawan-kawan, bergaul: Ali dan adiknya yg perempuan sudah dibiarkannya ~, bersenda-senda, dan bercengkerama; kalau sudah penat, barulah mereka duduk di pelantar sambil ~ dgn riang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |