Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cepat;

Puisi
 

Anak itikbawah rumah,
     Main budak cepat berlari;
Oi,
     encik orang di rumah,
Terima tidak kami ke sini.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Cepat kaki ringan tangan.

Bermaksud :

Rajin dan giat.

 

Lihat selanjutnya...(24)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
gesa; bergesa-gesa berbuat sesuatu dgn cepat-cepat; bergopoh-gopoh: Dgn ~, Ali bangkit dr katilnya dan terus ke bilik mandi. menggesa 1 menyuruh melakukan dgn lekas; menyuruh membuat cepat-cepat: Pegawai itu telah ~ orang-orang bawahannya menyiapkan kerja itu sebelum pukul satu. 2 menyuruh (meminta) dgn sungguh-sungguh; mendesak: Dia ~ saya supaya pergi bersamanya. tergesa-gesa dlm keadaan bergesa-gesa; tergopoh-gopoh; terburu-buru. gesaan kata-kata dsb utk menggesa: Ani tidak mempedulikan ~ kawannya itu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
gesa; gesa-gesa = bergesa-gesa = tergesa-­gesa bergopoh-gapah, terburu-buru, cepat-­cepat: dia berangkat tergesa-gesa sehingga tertinggal begnya; menggesa, menggesa-gesa 1. menyuruh membuat cepat-cepat: buatlah pekerjaan itu dgn tenang, jangan digesa-gesa; 2. menyuruh dgn sungguh-sungguh, mendesak: negara itu telah ~ kerajaan Inggeris supaya jangan campur tangan dlm hal-hal dalam negerinya; menggesa-gesakan menyegerakan, mempercepat; gesaan kata-kata, usaha, dsb utk menggesa, desakan: ~nya tidak diendahkan; ketergesa-gesaan keadaan tergesa-gesa: mereka terpaksa membuat tempat berlindung dlm ~; penggesaan perbuatan menggesa: antara caranya ialah melalui diplomasi, ~, dan pembujukan.Kamus Dewan Edisi Keempat
gesabergesa-gesa berbuat sesuatu dgn cepat-cepat; bergopoh-gopoh: Dgn ~, Ali bangkit dr katilnya dan terus ke bilik mandi. menggesa 1. menyuruh melakukan dgn lekas; menyuruh membuat cepat-cepat:Pegawai itu telah ~ orang-orang bawahannya menyiapkan kerja itu sebelum pukul satu. 2. menyuruh (meminta) dgn sungguh-sungguh; mendesak: Dia ~ saya supaya pergi bersamanya. tergesa-gesa dlm keadaan bergesa-gesa; tergopoh-gopoh; terburu-buru. gesaan kata-kata dsb utk menggesa: Ani tidak mempedulikan ~ kawannya itu.Kamus Pelajar
gegas I; bergegas, bergegas-gegas membuat sesuatu cepat-cepat, bercepat-cepat: kerja orang muda biasanya ~, kerja orang tua berjujai;menggegas, menggegaskan mempercepat, menyegerakan, mendesak supaya cepat; tergegas-gegas dlm keadaan bergegas.Kamus Dewan Edisi Keempat
bergegasmembuat sesuatu cepat-cepat, bercepat-cepat: kerja orang muda biasanya ~, kerja orang tua berjujai;Kamus Dewan Edisi Keempat
bergegas-gegasmembuat sesuatu cepat-cepat, bercepat-cepat: kerja orang muda biasanya ~, kerja orang tua berjujai;Kamus Dewan Edisi Keempat
cepat-cepatdgn pantas sekali, dgn sangat cepat: Mak Limah ~ mengesat air matanya dgn hujung lengan baju kurungnya yg lusuh; mereka ~ mengenakan pakaian masing-masing kerana sudah lewat utk pergi ke sekolah;Kamus Dewan Edisi Keempat
bersegeracepat-cepat, lekas-lekas, tergesa-gesa: kami pun ~ menukar pakaian;Kamus Dewan Edisi Keempat
gopohcepat-cepat, lekas-lekas (mengerjakan sesuatu); ~-gapah = ~-gapik = ~-mamang = gapah-~ = gopoh-gopoh; gopoh-gopoh tergesa-gesa, terburu-buru, lekas-lekas (dgn tidak cermat) membuat sesuatu: Dolah mengenakan pakaiannya dgn ~ dan kemudian berlari meninggalkan bilik itu; bergopoh-gopoh, bergopoh-gapah, tergopoh-gopoh, tergopoh-gapah gopoh-gapah: dgn tergopoh-gopoh, dia melompat ke bawah, kemudian berkejar ke arah Zaini; kegopohan perihal terburu-buru (tergesa-gesa).Kamus Dewan Edisi Keempat
membelandangberlari cepat-cepatKamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas