cerah l | 1. terang (berkenaan (dengan) hari, bulan, lampu,langit, dan lain-lain): hari sudah cerah; 2. jernih (berkenaan (dengan) kaca dan lain-lain); 3. tidak hitam, agak putih (berkenaan (dengan) kulit): kulitnya cerah; 4. berseri, tidak muram (berkenaan (dengan) rupa muka): wajah Cikgu Seman belum cerah betul; 5. ki baik, bahagia, elok: kehidupan mereka menjadi bertambah-tambah cerah; 6. ki berakal, cerdik: mujurlah Abang Mat tu cerah sikit; cerah ceria terang lagi bersih (berkenaan (dengan) udara, cuaca, dan lain-lain); cerah kulit tidak hitam (dan tidak putih benar); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mencerahkan | 1. menjadikan cerah (tidak gelap, terang), menerangkan: cahaya lilin mencerahkan ruang yang kecil itu; 2. menjadikan cerah (jernih), menjernihkan: mencerahkan kaca; 3. menjadikan cerah (tidak hitam): mencerahkan kulit; 4. menjadikan cerah (berseri, tidak muram), menyerikan: berita itu mencerahkan wajahnya yang tadinya agak muram; 5. menjadikan cerah (baik, elok, dan sebagainya), membahagiakan (kehidupan dan sebagainya): mencerahkan kehidupannya sekeluarga; pelaburan ini akan mencerahkan pertumbuhan ekonomi; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cerah muntah | Kl penyakit taun. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cerah II | ; ~ muntah Kl penyakit taun. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cerah kulit | tidak hitam (dan tidak putih benar); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cerah ceria | terang lagi bersih (bkn udara, cuaca, dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
fakula | (Ast) kawasan cerah pd permukaan matahari, yakni kawasan yg 10 peratus lebih cerah pd sekeliling permukaan matahari. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cerah | 1 tidak gelap atau tidak kelam; terang (bkn hari, bulan, lampu dll): Hari sudah ~. 2 dpt dilihat menerusinya (ttg kaca); jernih: kaca ~. 3 tidak hitam (ttg warna kulit); agak putih: Orangnya tinggi lampai serta berkulit ~. 4 berseri; tidak muram (ttg paras muka): Wajahnya kelihatan ~ setelah memakan ubat itu. 5 ki senang dan aman (ttg kehidupan seseorang); bahagia: Sejak harga getah naik, kehidupan mereka bertambah ~. mencerahkan menjadikan cerah. kecerahan keadaan cerah; kejernihan. pencerahan perbuatan atau proses mencerahkan: krim yg dpt membantu ~ kulit. pencerah sesuatu (bahan) yg mencerahkan kulit dsb: losen ~ kulit. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
cerah | 1. tidak gelap atau tidak kelam; terang (bkn hari, bulan, lampu dll): Hari sudah ~. 2. dpt dilihat menerusinya (ttg kaca); jernih: kaca ~. 3. tidak hitam (ttg warna kulit); agak putih: Orangnya tinggi lampai serta berkulit ~. 4. berseri; tidak muram (ttg paras muka): Wajahnya kelihatan ~ setelah memakan ubat itu. 5. ki senang dan aman (ttg kehidupan seseorang); bahagia: Sejak harga getah naik, kehidupan mereka bertambah ~. mencerahkan menjadikan cerah. kecerahan keadaan cerah; kejernihan. | Kamus Pelajar |
pudar | 1. kurang cahayanya, tidak terang atau cerah, tidak berseri-seri, suram: bulan yg ~; cahaya lampu yg ~; 2. tidak berapa terang, kabur (gambar dll), pucat (warna), tidak berseri-seri, luyu, ruyup (mata): bajunya ~; kian lama matanya kian ~; pucat ~ pucat sekali; 3. tidak bersemangat lagi, tidak aktif lagi (pergerakan dll), agak kecewa (harapan dll), agak kendur atau tidak keras lagi (ajaran agama dll), tidak begitu manjur (kesakitan dll): keaktifan persatuan mereka mulai ~; harapannya turut ~ agak kecewa; semangatnya sudah ~ tidak bersemangat lagi; memudar menjadi pudar, menjadi tidak atau kurang cerah (berseri-seri, bersemangat, dsb); memudarkan menjadikan (menyebabkan) pudar, menjadikan tidak atau kurang cerah (berseri-seri, bersemangat, dll), menyuramkan: kestabilan negara akan terancam, dan akan ~ matlamat wawasan 2020; kepudaran keadaan atau hal pudar: biru ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |