Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cerai-berai 1


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
cerai-berai1. berpisah-pisah (berselerak, berpecah-pecah) ke sana sini (dgn tidak tentu arah), porak-peranda; 2. berpisah drpd bersatu sbg suami isteri, putus pertalian sbg suami isteri; bercerai-berai berpisah-pisah; mencerai-beraikan menyebabkan cerai­-berai (porak-peranda dll), memecah-belahkan: janganlah kamu mengikut jalan-jalan lain drpd Islam kerana jalan-jalan itu ~ kamu drpd jalan Allah.Kamus Dewan Edisi Keempat
cerai-beraikejadian atau hal berpisah dan tidak lagi sbg suami isteri: Mereka tidak mahu ada ~ dlm keluarga mereka. bercerai-berai 1 berpisah-pisah tidak keruan; berpecah belah; porak-peranda. 2 tidak lagi sbg suami isteri. mencerai-beraikan menjadikan bercerai-berai (porak-peranda dsb); memecahbelahkan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
bubar1. cerai-berai (orang ramai yg berkumpul dll), berserak-serak, bersurai: penunjuk-penunjuk perasaan ~ setelah polis mendapat bantuan lagi; 2. habis, selesai (mesyuarat, sekolah, dll), usai: ketika ia sampai, mesyuarat baru saja ~; 3. selesai tugas, berhenti (kabinet, pertubuhan, dll): syarikat kerjasama itu ~ kerana ahli-ahli tidak menunaikan tanggungannya; membubarkan 1. menjadikan (menyuruh) bubar, mencerai-beraikan, menyuraikan: tunjuk perasaan itu dibubarkan polis; 2. menghabiskan (tugas dll), menghentikan (mesyuarat dll), meniadakan: baginda mempunyai kuasa melantik PM atau ~ parlimen;pembubaran perihal (tindakan dsb) membubarkan: ~ Dewan Rakyat; ~ syarikat; ~ Parlimen (Udg) perihal membubarkan Parlimen utk membolehkan pilihan raya umum diadakan;pembubar 1. orang dll yg membubarkan; 2. (Eko) orang yg menyelenggarakan pembubaran sesuatu syarikat dll.Kamus Dewan Edisi Keempat
cerai-beraibercerai-berai 1. berpisah-pisah tidak keruan; berpecah-belah; porak-peranda. 2. tidak lagi sbg suami isteri.Kamus Pelajar
berpecah belah1. bercerai-berai, tidak ber­satu lagi: melihat rajanya mati itu, maka seka-liannya pun ~, lalu lari cerai-berai; 2. kucar­-kacir, porak-peranda: rumah tangga mereka ~ apabila ibu bapa mereka bercerai; 3. = barang ~ barang-barang tembikar (pinggan mang­kuk dll);Kamus Dewan Edisi Keempat
berai; cerai-~ bercerai-berai, berpecah-pecah, berpisah-pisah; berberai bercerai, berpecah, berpisah: sbg pemimpin, kamu harus cuba memelihara keutuhan umat agar tidak ~; berberaian berceraian, bercerai-cerai: laungan itu bergema dan ~ pecahannya;memberai-beraikan 1. mencerai-ceraikan, memecah-mecahkan, memisah-misahkan; 2. menyebarkan (khabar); ® cerai.Kamus Dewan Edisi Keempat
memburakan1. menyemburkan: ~ ubat nyamuk. 2. ki pecah berderai (cerai-berai).Kamus Dewan Edisi Keempat
porak-peranda1. (keadaan) tidak tenteram (huru-hara dsb), kucar-kacir: kampung kami yg aman damai menjadi ~; masalah ini boleh mengakibatkan ~ dlm masyarakat; ada juga yg menganggap isu itu sbg punca berlakunya ~ dan keruntuhan sesebuah rumah tangga; 2. cerai-berai, berserak; memporak-perandakan menjadi porak­peranda (kacau-bilau, kucar-kacir, morat­marit): perbuatan itu akan melahirkan permusuhan dan boleh ~ masyarakat; keporak-perandaan perihal porak-peranda.Kamus Dewan Edisi Keempat
burasembur, hembus (dgn keras); naga ~ sl sj naga yg menyemburkan api dan bisa; ular ~ ular mura (ular yg suka menyembur dan berbisa);membura menyembur: sembur ~ dr mulutnya;memburakan 1. menyemburkan: ~ ubat nyamuk. 2. ki pecah berderai (cerai-berai).Kamus Dewan Edisi Keempat
cerai1. tidak bersatu; tidak melekat. 2. sudah putus hubungan sbg suami isteri; tidak sbg suami isteri lagi; talak: minta ~ minta supaya suami menjatuhkan talak kpdnya (ttg isteri). ~ taklik perceraian yg berlaku antara suami dgn isteri kerana janji atau syarat. ~ tembilang cerai kerana salah seorang pasangan suami isteri itu meninggal. bercerai 1. tidak bercampur atau tidak berhubungan lagi; berpisah: Malam ini kita berkampung, malam esok kita ~. 2. putus perhubungan sbg suami isteri: Ayah dan ibunya sudah lama ~. ~ susu berhenti menyusu; tidak lagi menyusu (ttg anak yg menyusu pd ibu). menceraikan 1. membuat supaya tidak berhubungan (bercampur, bersatu) lagi; memisahkan: Dia telah ~ lampiran A drpd karangan itu. 2. meleraikan orang berkelahi dsb. 3. memutuskan hubungan sbg suami isteri; menjatuhkan talak: Oleh sebab perkara yg kecil saja; ia telah ~ isterinya. ceraian bahagian atau fasal kecil dlm undang-undang (surat perjanjian dll). perceraian 1. hal tidak berhubungan lagi; perpisahan; perpecahan. 2. hal bercerai (antara suami isteri). penceraian perbuatan atau hal menceraikan. cerai-berai; bercerai-berai 1. berpisah-pisah tidak keruan; berpecah-belah; porak-peranda. 2. tidak lagi sbg suami isteri. mencerai-beraikanmenjadikan bercerai-cerai (porak-peranda dsb); memecahbelahkan.Kamus Pelajar
12

Kembali ke atas