Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ce.ra.kin] | چراکين

Definisi : sj peti yg berpetak-petak tempat menyimpan ubat, pendadah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ce.ra.kin] | چراکين

Definisi : sj tumbuhan (pokok), Croton tiglium. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ce.ra.kin] | چراکين

Definisi : ; mencerakin, mencerakinkan 1. menyelidik atau menyiasat sesuatu keadaan (perbuatan, gejala, ciptaan, dll) utk menge­tahui sebab-sebab (kedudukannya dll): ia diakui sbg tokoh yg pertama ~ dasar-dasar ini; 2. menghuraikan sesuatu bahan kpd bahagian-bahagiannya (spt unsur dll); 3. menghuraikan (memisahkan, menceraikan, dll) sesuatu kpd bahagian-bahagiannya: prisma yg pertama ~ cahaya putih dan prisma yg kedua menghasilkannya; cerakinan 1. penyelidikan (utk mengetahui hal-hal, peristiwa, dll), penyiasatan; 2. uraian (penyelidikan) kimia (utk menentukan kandungan sesuatu dll); ~ fizik (kimia) uraian (penyelidikan) yg menggunakan kaedah fizik (kimia); pencerakinan perihal (usaha, proses, dsb) mencerakin(kan); analisis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ce.ra.kin] | چراکين

Definisi : peti yg berpetak-petak tempat menyimpan ubat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ce.ra.kin] | چراکين

Definisi : ; mencerakin 1 melakukan penyelidikan atas sesuatu utk menge­tahui keadaannya dll. 2 melakukan ujian utk mengetahui bahagain-bahagian sesuatu. mencerakinkan mencerakin sesuatu; memisahkan atau menceraikan sesuatu sebatian kpd unsur-unsur asalnya: Jika kita ~ air, kita akan mendapati bahawa air terdiri drpd hidrogen dan oksigen. pencerakinan 1 perbuatan (hal dsb) mencerakin atau mencerakinkan sesuatu. 2 penguraian kimia utk mengetahui kandungan sesuatu sebatian dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cerakin


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
cerakin II; mencerakin 1 melakukan penyelidikan atas sesuatu utk menge­tahui keadaannya dll. 2 melakukan ujian utk mengetahui bahagain-bahagian sesuatu. mencerakinkan mencerakin sesuatu; memisahkan atau menceraikan sesuatu sebatian kpd unsur-unsur asalnya: Jika kita ~ air, kita akan mendapati bahawa air terdiri drpd hidrogen dan oksigen. pencerakinan 1 perbuatan (hal dsb) mencerakin atau mencerakinkan sesuatu. 2 penguraian kimia utk mengetahui kandungan sesuatu sebatian dll.Kamus Pelajar Edisi Kedua
cerakin Ipeti yg berpetak-petak tempat menyimpan ubat.Kamus Pelajar Edisi Kedua
cerakin III; mencerakin, mencerakinkan 1. menyelidik atau menyiasat sesuatu keadaan (perbuatan, gejala, ciptaan, dll) utk menge­tahui sebab-sebab (kedudukannya dll): ia diakui sbg tokoh yg pertama ~ dasar-dasar ini; 2. menghuraikan sesuatu bahan kpd bahagian-bahagiannya (spt unsur dll); 3. menghuraikan (memisahkan, menceraikan, dll) sesuatu kpd bahagian-bahagiannya: prisma yg pertama ~ cahaya putih dan prisma yg kedua menghasilkannya; cerakinan 1. penyelidikan (utk mengetahui hal-hal, peristiwa, dll), penyiasatan; 2. uraian (penyelidikan) kimia (utk menentukan kandungan sesuatu dll); ~ fizik (kimia) uraian (penyelidikan) yg menggunakan kaedah fizik (kimia); pencerakinan perihal (usaha, proses, dsb) mencerakin(kan); analisis.Kamus Dewan Edisi Keempat
cerakin IIsj tumbuhan (pokok), Croton tiglium.Kamus Dewan Edisi Keempat
cerakin Isj peti yg berpetak-petak tempat menyimpan ubat, pendadah.Kamus Dewan Edisi Keempat
cerakin IImencerakin 1. melakukan penyelidikan atas sesuatu utk mengetahui keadaannya dll. 2. melakukan ujian utk mengetahui bahagian-bahagian sesuatu. mencerakinkan mencerakin sesuatu; memisahkan atau menceraikan sesuatu sebatian kpd unsur-unsur asalnya: Jika kita ~ air, kita akan mendapati bahawa air terdiri drpd hidrogen dan oksigen. pencerakinan 1. perbuatan (hal dsb) mencerakin atau mencerakinkan sesuatu. 2. penguraian kimia utk mengetahui kandungan sesuatu sebatian dll.Kamus Pelajar
cerakin Ipeti yg berpetak-petak tempat menyimpan ubat.Kamus Pelajar
reduksionisme(réduksionisme) 1. men­cerakin data yg kompleks menjadi juzuk yg kurang kompleks; 2. teori yg menyatakan bahawa idea, sistem, dll yg kompleks boleh difahami melalui bahagian atau komponen­nya yg kurang kompleks.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas