cerancang | (Hut) bahagian kayu yg pecah atau kumpulan selumbar yg tertinggal pd tunggul atau pd bahagian bawah pangkal balak selepas pokok ditebang; bercerancang, bercerancangan mencuar-cuar tajam atau tinggi, berceracakan: hutan itu kira-kira lima ekar telah dibuka dan bercerancangan tunggul-tunggul kayu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cerancang | ;bercerancang mencuar tajam spt ranjau dll. bercerancang-cerancangan mencuar-cuar tajam spt ranjau dll: Cerun-cerunnya curam dan pemandangannya ~ disebabkan oleh tindakan fros. | Kamus Pelajar |
cerancang | ; bercerancang mencuar tajam spt ranjau dll. bercerancang-cerancang mencuar-cuar tajam spt ranjau dll: Cerun-cerunnya curam dan pemandangannya ~ disebabkan oleh tindakan fros. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bercerancang-cerancang | mencuar-cuar tajam spt ranjau dll: Cerun-cerunnya curam dan pemandangannya ~ disebabkan oleh tindakan fros. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
cerucuk | 1. batang (kayu, besi, konkrit, dll) yg ditanam utk menguatkan asas (tapak) sesuatu bangunan atau struktur lain; 2. tembok pengempang ombak; 3. pancang-pancang yg dipacak di tepi laut; 4. pangkalan di pelabuhan, jeti; 5. ceracak, cerancang; mencerucuk menanam cerucuk. | Kamus Dewan Edisi Keempat |