cerdas | 1. sempurna akal (utk berfikir, mengerti, dll), cerdik, pandai, pintar: manusia ialah binatang yg ~ sekali; rakyat memerlukan pimpinan yg ~; 2. sempurna pertumbuhan (perkembangan) badannya (spt sihat, tangkas, dll): sukan itu menjadikan tubuh ~; mencerdaskan menyebabkan cerdas: usaha itu dilancarkan utk ~ penduduk luar bandar yg terkebelakang; sukan itu dapat ~ tubuh; kecerdasan kesempurnaan akal (utk berfikir, mengerti, dll spt kepandaian, kepintaran, kecerdikan). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cerdas | 1 sempurna akal budinya; tajam fikirannya; pintar: Anak-anak dididik supaya menjadi orang yg baik budi lagi ~. 2 sempurna pertumbuhan tubuhnya; sihat dan segar: Seseorang itu dpt menjadi ~ jika ia cukup tidur, makan makanan yg berzat dan selalu bersenam. mencerdaskan menjadikan cerdas: Bersukan dpt ~ akal. kecerdasan hal atau keadaan sempurna perkembangan akal budinya; kepintaran. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
cerdas | 1. sempurna akal budinya; tajam fikirannya; pintar: Anak-anak dididik supaya menjadi orang yg baik budi lagi ~. 2. sempurna pertumbuhan tubuhnya; sihat dan segar:Seseorang itu dpt menjadi ~ jika ia cukup tidur, makan makanan yg berzat dan selalu bersenam. mencerdaskan menjadikan cerdas: Bersukan dpt ~ akal. kecerdasan hal atau keadaan sempurna perkembangan akal budinya; kepintaran. | Kamus Pelajar |
terminal cerdas(intelligent terminal) | Terminal komputer yang mempunyai kuasa pemprosesan dan ingatan untuk menjalankan pemprosesan tanpa mengharapkan sistem komputer utama atau terminal lain. | Kamus Komputer |
sistem cerdas(intelligent system) | 1. Sistem yang mempunyai kuasa pemprosesan dan ingatan untuk menjalankan pemprosesan tanpa mengharapkan sistem komputer utama atau terminal lain. 2. Sistem yang mempunyai kecerdasan untuk menyelesaikan masalah. Bandingkan sistem dungu. | Kamus Komputer |
penyalin cerdas(intelligent copier) | Peralatan yang mempunyai kebolehan menyalin dan mencetak. Peralatan ini boleh disambung pada komputer dan biasanya mampu menjanakan output cetakan atau salinan dalam pelbagai gaya dan saiz tulisan. | Kamus Komputer |
bahasa cerdas(intelligent language) | 1. Bahasa pengaturcaraan yang mempunyai kemampuan untuk belajar daripada keadaan penggunaan atau daripada pengguna. 2. Bahasa pengaturcaraan aras tinggi yang dicipta dengan banyak ciri yang baik supaya dapat digunakan dengan bijak oleh pengatur cara. | Kamus Komputer |
mencerdaskan | menjadikan cerdas: Bersukan dpt ~ akal. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mencerdaskan | menyebabkan cerdas: usaha itu dilancarkan utk ~ penduduk luar bandar yg terkebelakang; sukan itu dapat ~ tubuh; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bestari | 1. cerdas, pandai, berpendidikan, berpengetahuan, berbudi pekerti yg baik; muda ~ muda dan baik budi pekertinya (berpengetahuan dll); 2. beroperasi dgn berbantukan komputer, teknologi maklumat dsb (bkn sistem, sekolah dsb): sekolah ~; membestarikan menyebabkan atau menjadikan bestari: pelbagai langkah sudah diambil utk mencapai sasaran itu termasuk ~ sistem yg berkaitan dgn pengurusan; kebestarian perihal memiliki ciri-ciri bestari (spt berpendidikan tinggi, baik budi pekerti, dan luas pengetahuan): ~ sesuatu bangsa yg tidak pernah dikalahkan oleh bangsa lain; pembestarian perihal (proses, perbuatan dsb) membestarikan: ~ konsep persekolahan itu amat penting kerana perkembangan pesat dlm sains dan teknologi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |