cerewet (ceréwét) | 1. banyak cakap (ada sahaja yg tidak kena), suka berleter (mencela, bersungut, dll): kalau sudah terlalu ~, tentulah anaknya keluar dr rumah itu; 2. berselok-belok dan memerlukan banyak kerja yg kecil-kecil (bkn pekerjaan dll), kalut, ruwet: orang sekarang kurang membuat lemang kerana kerjanya ~ sangat; mencereweti selalu memarahi (menegur, mencela, dll): kalau dicereweti selalu, pasti ia akan meninggalkan rumah itu; kecerewetan perihal cerewet: ~ boleh saja berpunca drpd ketidaksesuaian jadual yg disediakan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cerewet | /ceréwét/ ada sahaja yg tidak kena atau tidak memuaskan hatinya; suka berleter atau bersungut: Perempuan tua itu sudah nyanyuk serta terlalu ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
cerewet | /céréwét/ suka mencela itu dan ini; suka berleter atau bersungut: Perempuan tua itu sudah nyanyuk serta terlalu ~. | Kamus Pelajar |
hotiar | Kd, bp cerewet; banyak ~ cerewet sangat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gelatak II | cerewet, lidah panjang, banyak mulut. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mulut gapil | cerewet atau suka menyampuk dll; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gapil mulut | cerewet atau suka menyampuk dll; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kecerewetan | perihal cerewet: ~ boleh saja berpunca drpd ketidaksesuaian jadual yg disediakan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
leceh | /lécéh/ 1 cerewet lagi rumit (bkn pekerjaan dsb): pekerjaan yg ~. 2 meleleh dan melekit (spt keadaan air gula, lilin cair). 3 sangat rendah (nilai atau mutunya); hina. meleceh mengampu atau bermuka-muka (dgn ketua, majikan dll). melecehkan tidak mempedulikan; memandang rendah atau hina. peleceh orang yg suka bermuka-muka dgn ketua atau yg suka mengampu ketua. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
ketus II | Jk cerewet, bengis, pemarah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |