cerna | 1 hancur menjadi cair (ttg makanan dlm perut); hadam. 2 ki hancur atau luluh dan menjadi sebati. mencerna menjadi hancur: Hati ~ dihimpit rindu. mencernakan 1 menghancurkan makanan dlm perut sehingga menjadi cair dan dpt diserap ke dlm darah; menghadamkan. 2 menjadikan hancur luluh dan bersebati. 3 ki menyerapkan ke dlm ingatan (hati dsb). tercerna sudah dicernakan (diserapkan, dihadamkan). ketercernaan keadaan tercerna. pencernaan 1 proses mencernakan (makanan dlm perut); penghadaman. 2 ki penyerapan ke dlm ingatan (hati dsb). pencerna sesuatu yg mencernakan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
cerna | ark 1. hancur jadi sebati (bercampur, satu); 2. (bkn makanan dlm perut), hadam, hancur jadi cair, larut; mencerna menjadi hancur (luluh); mencernakan 1. menghadamkan, menghancurkan (makanan hingga jadi larut atau cair utk diserapkan ke dlm darah): kerja ~ makanan itu tamat di dlm usus kecil; 2. memasukkan atau menyerapkan (ke dlm fikiran, jiwa, hati, dll): Ramli terpegun ~ buah tutur yg dipungutnya sepotong demi sepotong dgn bersusah payah; tercerna 1. sudah dicernakan (dihadamkan, diserapkan, dsb), terhadam; 2. terserap: dgn demikian, adat kebiasaan ~ dlm bentuk tulisan; ketercernaan perihal atau keadaan mudah (dapat, boleh) dicernakan, keterhadaman; pencernaan proses mencernakan (makanan dlm perut), penghadaman: soal ~ makanan dapat diatasi dgn pertolongan ubat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cerna | 1. hancur menjadi cair (ttg makanan dlm perut); hadam. 2. ki hancur atau luluh dan menjadi sebati. mencerna menjadi hancur:Hati ~ dihimpit rindu. mencernakan 1. menghancurkan makanan dlm perut sehingga menjadi cair dan dpt diserap ke dlm darah; menghadamkan. 2. menjadikan hancur luluh dan bersebati. 3. ki menyerapkan ke dlm ingatan (hati dsb). tercerna sudah dicernakan (diserapkan, dihadamkan). pencernaan 1. proses mencernakan (makanan dlm perut); penghadaman. 2. ki penyerapan ke dlm ingatan (hati dsb). | Kamus Pelajar |
salah cerna | sakit kerana tidak hadamnya makanan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hadam | menjadi hancur atau cair di dlm perut (ttg makanan); cerna: Makanan berlemak susah ~. menghadamkan menghancurkan (makanan dlm perut); mencernakan: Perut dan usus bayi tidak dpt ~ semua makanan spt yg dpt dihadamkan oleh perut orang dewasa. terhadam sudah dihadamkan; tercerna. penghadaman proses hadam atau menghadamkan (makanan di dlm perut); pencernaan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
hadam | menjadi hancur atau cair di dlm perut (ttg makanan); cerna: Makanan berlemak susah ~. menghadamkan menghancurkan (makanan dlm perut); mencernakan: Perut dan usus bayi tidak dpt ~ semua makanan spt yg dpt dihadamkan oleh perut orang dewasa. terhadam sudah dihadamkan; tercerna. penghadaman proses hadam atau menghadamkan (makanan di dlm perut); pencernaan. | Kamus Pelajar |
hadam | Ar hancur menjadi bahan yg mudah diserap dan diasimilasi oleh badan, cerna: makanan berlemak susah ~ dlm perut; penyakit tidak ~ penyakit dlm perut yg disebabkan oleh makanan tidak tercerna; menghadamkan menghancurkan makanan menjadi bahan yg mudah diserap dan diasimilasi oleh badan, mencerna: apabila masuk sahaja makanan ke dlm saluran makanan ia dihadamkan menjadi benda-benda yg lebih ringkas binaan kimianya; terhadam sudah dihadam, tercerna; keterhadaman perihal atau keadaan mudah (dapat, boleh) dihadamkan, ketercernaan; penghadaman proses menghadamkan, pencernaan: sistem ~; penghadam sesuatu yg menghadamkan (makanan), pencerna (makanan); air ~ makanan bahan kimia dlm tubuh (yg menghadamkan makanan). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ruminan | ist haiwan spt lembu, kambing, rusa yg mengeluarkan balik makanan yg separuh cerna dr perut ke dlm mulut utk dikunyah semula. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
rumen | ist ruang pertama perut haiwan jenis ruminan, tempat menyimpan makanan yg separuh cerna buat sementara waktu sebelum diluahkan balik ke dlm mulut utk dikunyah semula. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
rumen | (rumén) (Bio) ruang pertama perut binatang ruminan yg menyimpan makanan yg separuh cerna buat sementara waktu sebelum diluahkan balik ke dlm mulut utk dikunyah sehingga lumat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |