ceruk I | 1. sudut (penjuru, pojok, pelosok) dlm bilik (rumah dll): duduk di ~ dapur; 2. lubang, liang, ruang (pd dinding, dlm tanah, dlm timbunan barang, dll), gua, celah, sela; ~ gunung lembah gunung; 3. lekuk (pd geladak kapal, jalan, dll); 4. teluk yg kecil; 5. penjuru atau sudut jalan, lorong (jalan kecil dll); di seluruh ~ rantau di merata tempat, di mana-mana; ~-meruk bermacam-macam ceruk; menceruk 1. membuat ceruk dlm tanah; 2. masuk ke dlm (dekat) ceruk; ceruk-menceruk mencari ke semua ceruk; terceruk berada (duduk) di ceruk (penjuru); caruk II. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
liku I | 1. selekoh (pd jalan, sungai, dll), kelok, siku: tiap ~ jalan diturut; 2. tempat terpencil, ceruk: segala ~ dan ceruk di hulu sungai itu diingatinya; segala ~ dan ceruk pedalaman; ~-~ hidup = ~-~ kehidupan dugaan dan kesengsaraan dlm hidup: perlunya Islam dijadikan sbg obor yg menerangi ~-~ kehidupan; berliku-liku berbelok-belok, berkelok-kelok, berselekoh-selekoh: di sebelah kiri jalan itu mengalir sebatang sungai yg ~ pula; melikukan menyebabkan menjadi liku: air yg deras mengalir, menyimpang, dan ~ sungai menjadi lurah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ceruk-meruk | bermacam-macam ceruk; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ceruk-menceruk | mencari ke semua ceruk; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menceruk | 1. membuat ceruk dlm tanah; 2. masuk ke dlm (dekat) ceruk; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
caruk II | 1. alur; 2. ceruk, teluk kecil; bercaruk berteluk, berceruk: pantainya yg ~; ®ceruk I. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ceruk | 1 sudut atau penjuru dlm bilik (rumah dll): duduk di ~ dapur. 2 lubang atau liang pd dinding (tanah, timbunan barang dsb); ruang di bawah sesuatu (balai-balai dsb). 3 lekuk di geladak perahu dll. 4 teluk kecil. 5 tempat-tempat yg terpencil: Ada antaranya yg ditukarkan ke ~ negeri dan ada pula yg dipenjarakan. terceruk berada (duduk) di ceruk. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
ceruk | 1. sudut atau penjuru dlm bilik (rumah dll): <i>duduk di ~ dapur.i> 2. lubang atau liang pd dinding (tanah, timbunan barang dsb); ruang di bawah sesuatu (spt balai-balai dsb). 3. lekuk di geladak perahu dll. 4. teluk kecil. 5. tempat-tempat yg terpencil: <i>Ada antaranya yg ditukarkan ke ~ negeri dan ada pula yg dipenjarakan.i> terceruk berada (duduk) di ceruk. | Kamus Pelajar |
sudut | 1. penjuru (bilik, halaman, kain, padang, dll), ceruk, pojok (rumah dll): sesudah sembahyang maghrib, sesetengah orang berangkat pulang atau pindah duduk ke ~ akan bercakap-cakap sampai tiba waktu isyak; 2. bidang atau luas antara dua garisan atau permukaan yg bertemu: satuan ukuran ~ ialah darjah; ~ 90°; 3. = sudutan tempat yg terletak jauh, ceruk rantau, pelosok: kapal pengangkut tentera dr Rabaul telah mengelilingi ~ timur New Guinea utk melakukan pendaratan di Port Moresby; 4. pokok atau dasar pandangan (penelitian, penyelidikan, dll), arah pandangan, segi: beliau telah mengkritik mahaguru itu dr ~ agama bukan dr ~ sastera; ~ bersebelahan sudut yg berada di sebelah sudut yg lain; ~ bertentangan pasangan sudut yg terbentuk oleh sepasang garis yg bersilang, yg terletak di sebelah bertentangan titik persilangan; ~ bucu sudut bertentangan; ~ cakah sudut yg besarnya lebih drpd 90° tetapi kurang drpd 180°; ~ hati = ~ jantung ki jantung hati, hati sanubari; ~ lurus sudut yg besarnya 180°, spt yg terbentuk pd garis lurus; ~ mata ekor (hujung) mata; ~ pelengkap sudut yg apabila ditambah dgn sudut sebelahnya menjadi sudut tegak atau 90°; ~ refleks sudut yg besarnya lebih drpd 180°; ~ sama sudutsudut yg sama besarnya dlm sebuah rajah satah; ~ sepadan sudut yg sama besar dan sama kedudukannya pd dua segi tiga yg kongruen; ~ tegak sudut yg besarnya 90°; ~ tirus sudut yg besarnya kurang drpd 90°; menyudut 1. merupakan sebuah sudut; 2. pergi ke sudut, duduk di sudut. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ceruk rantau | di mana-mana saja. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |