ceti (céti) II | tali barut (menghubungkan perempuan dgn laki-laki), muncikari, pinang muda, barua, jaruman, alku, ibu ayam; menceti menjadi tali barut (menghubungkan perempuan dgn laki-laki). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ceti (céti) I | 1. peminjam (pelepas) wang (biasanya berketurunan India) yg mengenakan bunga yg tinggi; ~ haram along; 2. orang India dr Coromandel atau Malabar (selalunya berniaga). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ceti | /céti/ 1 orang yg meminjamkan wang dgn bunga yg tinggi. 2 satu bangsa yg berasal dr Koromandel atau Malabar, India (selalunya berniaga). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
ceti | /céti/ 1. orang yg meminjamkan wang dgn bunga yg tinggi. 2. satu bangsa yg berasal dr Koromandel atau Malabar, India (selalunya berniaga). | Kamus Pelajar |
riba II | Ar 1. bunga berganda yg membebankan, yg diharamkan oleh Islam; makan ~ a) hidup dgn membungakan wang; b) membungakan wang dgn bunga yg tinggi, menghisap darah; 2. ark pelepas wang, ceti; tukang ~ ceti. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ceti haram | along; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tukang riba | ceti. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tukang ternak wang | bp ceti, pelepas wang; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
talang wang | orang yg meminjamkan wang dgn mengenakan bunga, ceti; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
riba II | 1 orang yg meminjamkan wang dgn mengambil bunga; ceti. 2 bunga drpd wang yg dipinjamkan; lebihan yg dikenakan atas sesuatu yg dipinjamkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |