suapan semak(check feed) | Suapan input ke dalam sistem bagi tujuan penyemakan. | Kamus Komputer |
rutin semak(check routine) | Rutin atau tatacara rutin yang digunakan untuk menyemak sesuatu perkara. | Kamus Komputer |
plot semak(check plot) | Plot kasar yang dihasilkan secara automatik oleh sistem reka bentuk bantuan komputer bagi lukisan grafik yang dibina untuk membolehkan pengguna meneliti, membetulkan, dan mengesahkan lukisan sebelum lukisan sebenar diplot secara terperinci. | Kamus Komputer |
digit semak(check digit) | Digit yang digunakan untuk membantu penyemakan. Dalam sistem penghantaran data, digit ini dihantar bersama data. Jika terjadi herotan atau gangguan pada nilai yang dihantar, digit ini akan menunjukkan bahawa data yang dihantar itu tidak sahih. | Kamus Komputer |
semakan terancang(programmed check) | Semakan butiran yang dirancang terlebih dahulu. | Kamus Komputer |
semakan silang(cross check) | Semakan kali kedua yang dilakukan oleh orang lain atau dengan cara lain untuk memastikan hasil yang diperoleh sahih atau tepat. | Kamus Komputer |
semakan kesinambungan(continuity check) | Semakan yang dilakukan terhadap saluran penghantaran dan sambungannya untuk memastikan wujudnya laluan bagi data. | Kamus Komputer |
semakan kesempurnaan(completeness check) | Semakan yang dilakukan untuk menentukan sama ada proses atau tugas telah benar-benar selesai atau sebaliknya. | Kamus Komputer |
semakan gema(echo check) | Kaedah menyemak kejituan penghantaran dengan menghantar semula data yang telah diterima kepada sumber penghantaran. Ini membolehkan penghantar membandingkan data yang diterima balik dengan data asal yang telah dihantar. | Kamus Komputer |
semakan bahagian(division check) | Kaedah semakan yang dilakukan terhadap hasil pengendalian pembahagian untuk menentukan kesahihannya. | Kamus Komputer |