titik semakan(checkpoint) | Kedudukan dalam proses perjalanan komputer yang akan menyebabkan komputer dihentikan seketika untuk membolehkan proses pengawasan dilakukan. Biasanya, salinan keadaan semasa sistem komputer akan disalinkan ke dalam cakera atau dicetak. Jika terjadi kegagalan, komputer akan pergi semula ke titik ini untuk meneruskan pemprosesan tanpa bermula pada titik awal. | Kamus Komputer |
tag titik semakan(checkpoint tag) | Penanda yang digunakan untuk menandakan tempat tertentu dalam atur cara bagi tujuan penyemakan atur cara. | Kamus Komputer |
pengetagan titik semakan(checkpoint tagging) | Proses menandakan tempat tertentu dalam atur cara sebagai titik semakan bagi tujuan penyemakan atur cara. | Kamus Komputer |
label titik semakan(checkpoint label) | 1. Rekod yang digunakan untuk menandakan kedudukan tertentu dalam perjalanan komputer untuk membolehkan sistem dimulakan di sini selepas kegagalan berlaku. 2. Tanda bernama yang digunakan untuk menandakan tempat tertentu dalam atur cara bagi tujuan penyemakan atur cara. | Kamus Komputer |